ISU SEMASA
Guru Diberikan Insentif Khas Sebanyak RM100, Pelajar IPT Menerima Peranti Tablet
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata insentif pertama kali diperkenalkan itu sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik COVID-19.
Selain itu, katanya, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
"Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.
"Insya-Allah, seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Sumber : Berita Harian
Catat Ulasan
0 Ulasan