eGUMIS: Sistem Semakan Wang Yang Tak Dituntut Online - Semak Sekarang!

 


Sistem eGUMIS kini dilancarkan secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut online.

Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini boleh diakses sepenuhnya untuk semak WTD.

Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Tahukah anda bahawa sehingga 31 Oktober 2019 yang lalu, sebanyak RM10.862 bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:
  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:
  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).



eGUMIS Semakan WTD Online

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.



Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.

Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.

Proses Tuntutan WTD

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

  • Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:
  • Empunya/pemilik WTD sendiri;
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.



Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini .

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. 0174243272
    Saya tak tau cara
    Nak apply dalam
    On-line Kalau,Tuan/Puan sudi banyak terima kasih.

    BalasPadam
  2. Kenapa wang yang saya tuntut belum di masuk kan ke akaun bank saya..

    BalasPadam
  3. Hingga ke saat ini pun saya belum menerima pembayaran dari pihak egumis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa saya belum menerima pembayaran tuntutan masuk ke akaun bank saya

      Padam
  4. Sekirenya waris dah meninggal dunia boleh ke anak nak cek kan

    BalasPadam
  5. Bagaimana nak keluar wang 10k one off
    Masalah saya tak dapat kerja sudah 5 bulan sampai sekarang duduk rumah... minta tolong bagi Lulus....

    BalasPadam