e-Start : e-Skim Transaksi Tanpa Tunai Untuk Kredit Belia RM150


Program eStart, Skim Transaksi Tanpa Tunai, telah dilancarkan oleh kerajaan untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam perniagaan.

e-Start akan mengkreditkan RM150 ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

"Kerajaan berharap dengan peruntukan RM300 juta ini, lebih 2 juta belia yang mendapat manfaat daripada program ini akan dapat memanfaatkannya sebaik mungkin dengan membeli barangan berguna seperti buku dan peralatan pembelajaran."

Berikut ialah maklumat lanjut mengenai Program eStart yang telah dikongsi untuk manfaat bersama.

Apakah Program eStart?

e-Start ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai yang bertujuan mempromosikan budaya tanpa tunai dalam perniagaan.

Sebanyak RM150 akan dikreditkan sekali ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di bawah program ini.



Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?

Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.

Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA boleh mula dibuat dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet berikut :
  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay

Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022

Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.




Apakah itu Program eStart?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan