Cara-Cara Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu. Jom! - Mingguan Jawatan

Breaking

Sabtu, 9 Oktober 2021

Cara-Cara Memohon Pengeluaran KWSP Untuk Membeli Rumah Baharu. Jom!

 



Memiliki rumah sendiri pasti menjadi idaman semua. Sampai bila hendak menyewa sahaja kan?

Namun apabila memikirkan kadar downpayment dan kos pengurusan dalam pembelian rumah sememangnya tinggi, pasti kita akan berfikir banyak kali untuk melakukan keputusan ini.

Mungkin ramai yang masih tak tahu bahawa kita boleh membuat pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa menunggu usia 50 / 55 tahun.

Bagaimana caranya?

Ayuh, di sini kami kongsikan sebuah hantaran yang penuh berinformasi daripada saudara Ishak dari Pejuang Hartanah.

Beliau ada menerangkan step-by-step dan semua dokumen yang perlu disediakan untuk memohon.



Langkah Beli Rumah Dengan Wang KWSP

Bila anda mempunyai perancangan untuk membeli rumah, kadangkala tahap kemampuan menyebabkan ia jadi satu penghalang untuk anda merealisasikan impian tersebut

Jika hendak melakukan pinjaman loan dari bank sebagai DOL (duit orang lain) tu dan tentu lah kan sebab kita takde duit cash yang mencukupi untuk beli hartanah.

Tahukah anda sebenarnya ada lagi satu alternatif untuk beli rumah sebagai salah seorang warganegara Malaysia tercinta dan penduduk tetap kat sini?

Apakah itu?

Anda boleh keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP / EPF)!

Terus rasa macam untungnya selama kerja ni carum duit KWSP kan?

Apa tujuan yang membolehkan anda untuk buat pengeluaran KWSP ni ? Okey jom tengok.

Syarat Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

  • Beli/bina rumah pertama (atau kedua; dengan syarat rumah yang pertama dah dijual, atau dalam proses nak dilupuskan). Kalau nak beli hartanah guna Akaun 2, anda kena tunjuk bukti yang dah bayar bayaran tempahan (booking fees) dan downpayment, sekali dengan yuran peguam dan duti setem untuk SPA.
  • Kurangkan atau tebus balik pinjaman untuk rumah pertama atau kedua.
  • Tolong pasangan kurangkan atau tebus balik pinjaman rumah si dia.

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah


Kalau rasa nak keluarkan duit KWSP tapi tak tahu macam mana caranya, meh kami share dengan korang macam mana caranya.

Syarat Kelayakan Pengeluaran

Perkara pertama anda kena ambil tahu mestilah syarat kelayakan.

Kalau tidak layak, macam mana nak buat semakan dan pengeluaran betul tak
  • Warganegara Malaysia; atau
  • Warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau
  • Bukan Warganegara Malaysia yang:
  • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
  • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  • Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
  • Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  • Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.
  • Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.
  • Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan
  • Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri
  • Dokumen Yang Diperlukan
  • Sediakan dokumen!

Ini adalah bahagian paling penting ya.

Pastikan dokumen korang lengkap.Kemudian susun ikut turutan.

Baru lah senang nak buat permohonan nanti.

Korang boleh sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.
  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.
  • Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan,Korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)





Permohonan pengeluaran secara online atau bersemuka
Sekarang segalanyakan di hujung jari korang.

Adalah lebih mudah kalau korang buat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun.


Untuk permohonan secara bersemuka ni sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP sama ada perlu buat appointment dahulu atau boleh walk-in sahaja untuk permohonan pengeluaran KWSP ni.

Berapa lama proses pengeluaran KWSP ni ?

Biasanya pegawai KWSP akan inform yang proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja tapi sebenarnya seawal 7 hari waktu bekerja korang dah boleh buat semakan dalam akaun korang.

Tolong pastikan Dokumen Lengkap

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut:

Muat turun fail PDF berikut:

>Borang Permohonan <

Tiada ulasan:

Catat Ulasan