APAD: Bantuan Pemandu Bas Ekspres Sebanyak RM500 PEMERKASA+ (Oktober 2021) - Mingguan Jawatan

Breaking

Ahad, 3 Oktober 2021

APAD: Bantuan Pemandu Bas Ekspres Sebanyak RM500 PEMERKASA+ (Oktober 2021)

 



Bantuan Khas PEMERKASA+ Pemandu Bas Ekspres (one-off RM500) kini dibuka untuk proses pendaftaran pemandu oleh pihak syarikat.

Portal ini dibuka dari 27 September – 10 Oktober 2021, manakala bayaran akan dibuat mula 26 Oktober 2021.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan dengan Bantuan Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ yang boleh dimohon melalui Portal APAD.

Apakah Bantuan Khas Pemandu Bas Ekspres PEMERKASA+ ‘One Off’ APAD?

Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Pemberian bantuan ini melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

Setakat hari ini, sebanyak 46 Syarikat bas ekspres telah mendaftarkan 510 pemandu masing-masing, Portal Bantuan Pemerkasa+ bagi Pemandu Bas Ekspres masih lagi dibuka sehingga 10 Oktober 2021.

Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah, dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, layak memohon bantuan berkenaan.



Sila rujuk syarat-syarat permohonan dan kriteria kelayakan di bawah:

Syarat Permohonan / Kriteria Kelayakan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemandu adalah berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, di mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat / pengusaha bas ekspres.
  3. Pemandu bas ekspres mempunyai lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan lesen vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.
  4. Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan / atau lesen / permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Saba / Sarawak layak memohon
  5. Bantuan ini hanya diberikan kepada pemandu bas ekspres yang tidak menerima mana-mana bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, e-hailing atau teksi sebelum ini.

Tarikh Bayaran Dikreditkan

Bayaran akan dibuat kepada penerima yang layak bermula 26 Oktober 2021.

Berikut merupakan aliran masa dan proses Bantuan PEMERKASA+ Bas Ekspres APAD :



Cara Permohonan Bantuan Pemandu Bas Ekspres APAD

Syarikat diminta untuk layari http://bantuan.apad.gov.my untuk pendaftaran bantuan PEMERKASA+ bagi pemandu bas ekspres.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, emelkan ke pemerkasa.ekspres@apad.gov.my

ATAU

Sila layari http://bantuan.apad.gov.my atau laman sosial Facebook Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD

1 ulasan: