Permohonan BMT 2021: Bantuan Musim Tengkujuh RM600 - Mingguan Jawatan

Breaking

Rabu, 22 September 2021

Permohonan BMT 2021: Bantuan Musim Tengkujuh RM600


Permohonan BMT 2021: Bantuan Musim Tengkujuh RM600

Pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang tidak pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sebelum ini, anda kini boleh memohon bantuan BMT bagi tahun 2021 melalui RISDA.

BMT merupakan bantuan yang disalurkan kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh.

Untuk makluman, RISDA merupakan sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 yang bertanggungjawab melaksanakan dasar dan program pembangunan pekebun kecil dan penoreh getah untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah negara.

Oleh itu, bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang ingin membuat permohonan BMT boleh membuat permohonan mulai 15 September hingga 15 November 2021.



Kadar Bantuan

Kadar BMT yang akan diterima bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak RM600.

Bantuan ini akan dibayar kepada penerima sebanyak 2 kali bayaran iaitu pada bulan Disember 2021 dan Januari 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

i) Pekebun Kecil RISDA
  1. Pekebun merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
  3. Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.

ii) Penoreh Bukan Pemilik
  1. Penoreh merupakan warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar.
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

Bagi maksud “pekebun kecil berdaftar dengan RISDA,” perinciannya adalah seperti berikut:
  • Pekebun kecil yang tersenarai dalam Sistem e-SPEK.
  • Bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian Borang BMT2021 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.
  • Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA.
  • Bagi pekebun kecil di bawah agensi, pengisian Borang BMT2021 beserta surat pengesahan daripada Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu:

    - Lembaga Getah Malaysia (LGM)
    - Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
    - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
    - FELCRA
    - KESEDAR
    - KETENGAH
    - Dan lain-lain sumber agensi/jabatan

Untuk maksud “pemilik tanah yang sah,” perinciannya adalah seperti berikut:
  • Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau pemegan amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berenaan.
  • Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah yang berdaftar ke atas surat hakmilik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak.
  • Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian dan waris-warisnya (TS20A (Pin. 1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B (Pin. 1/09)).
  • Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA, dan Kerajaan Negeri.

Maksud “memiliki jumlah tanah” pula adalah seperti berikut:
  • Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki (bukan tertaktuk kepada tanah yang diusahakan getah) adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat (keseluruhan).

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan bagi yang belum menerima BMT sebelum ini, pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran.

Untuk hadri ke pejabat RISDA, mereka perlu membuat temu janji terlebih dahulu seperti langkah-langkah berikut:
  1. Hubungi pejabat RISDA yang berhampiran. Senarai no telefon boleh dirujuk melalui pautan (https://drive.google.com/viewerng/viewer?embedded=true&url=http://www.pekebunkecilmakmur.com.my/documents/direktori_pertanyaan.pdf#toolbar=0&scrollbar=0).
  2. Tempahan mestilah 3 hari sebelum tarikh temu janji.
  3. Datang ke pejabat RISDA untuk membuat permohonan adabila tarikhnya tiba.


Semakan & Kemaskini Maklumat

Bgai penerima BMT 2020, anda hanya perlu membuat semakan dan kemaskini maklumat melalui langkah-langkah berikut:
  1. Layari laman web https://bmt.risda.gov.my/.
  2. Isi no kad pengenalan dan klik butang ‘Submit.’
  3. Kemas kini maklumat nombor telefon dan akaun bank.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk membuat penghantaran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BMT 2021, sila hubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022

2 ulasan: