BPR Fasa Ketiga: Semakan Bagi Baki Bayaran Bermula 28 September Mengikut Kategori

 


Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 Mulai 28 September 2021

Ramai yang sedang tertanya-tanya bilakah kerajaan bakal mengeluarkan tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima.

Berita baik untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembayaran BPR Fasa 3 iaitu bermula 28 September 2021.

Pembayaran akan dikreditkan bersekali dengan penerima BPR Fasa 3 bersekali pada penghujung September ini.

Berikut merupakan kenyataan rasmi Menteri Kewangan di bawah:



Rujuk cara-cara semakan serta baki bayaran yang akan diterima mengikut kategori melalui jadual di bawah. 

Apakah Itu BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.



Tetapan Masa Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan


Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.



Tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan diterima pada bermula 28 September 2021, manakala semakan status boleh dibuat bermula 18 September 2021 melalui portal BPR.

Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)



Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?


Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2
.



Cara Membuat Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:
  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

  • Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kenapa bpr saya bpr asas rm1800 rm500bantuan tambahan tapi saya dapat rm1650je

    BalasPadam