ISU SEMASA
BKC PEMULIH: Jumlah & Tarikh Pembayaran Fasa 1 (Mulai 6 September)


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 di bawah Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan mula diagihkan bermula 6 September sehingga 10 September 2021.
Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.
Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.
Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.
Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.
Matlamat PEMULIH
Menerusi pelaksanaan PEMULIH, kerajaan menetapkan 3 matlamat utama iaitu:- Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
- Menyokong Perniagaan
- Meningkatkan Vaksinasi
Kelayakan Penerima
Penerima yang akan menerima BKC adalah berdasarkan kelayakan berikut iaitu:i) Miskin tegar dan B40
- Isu rumah atau warga emas: Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang: Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
ii) M40
- Isi rumah: Pendapatan RM5,001 hingga RM9,000.
- Bujang: Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000.
Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:Kategori Penerima | Jumlah Bayaran Isi Rumah | Jumlah Bayaran Bujang |
Miskin Tegar | RM1,300 | RM500 |
B40 | RM800 | RM200 |
M40 | RM250 | RM100 |
Jadual Pembayaran
Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah mengikut fasa seperti berikut:Kategori Penerima | Fasa 1 (September) | Fasa 2 (November) | Fasa 3 (Disember) |
Isi rumah Miskin Tegar | RM500 | RM500 | RM300 |
Bujang Miskin Tegar | RM200 | RM300 | – |
Isi rumah B40 | RM500 | RM300 | – |
Bujang B40 | RM200 | – | – |
Isi rumah M40 | RM250 | – | – |
Bujang M40 | RM100 | – | – |
Cara Pemohonan
Bagi permohonan BKC, tiada permohonan baharu dibuka kerana data penerima diambil daripada penerima BPR 2021.
Catat Ulasan
1 Ulasan
Good
BalasPadam