Baucar Perlindungan Tenang B40: Semakan Status & Penebusan RM50




Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif baharu iaitu Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang khas untuk B40.

Seperti yang kita semua sedia maklum, keselamatan sosial merupakan benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan B40.

COVID-19 telah memberikan lagi penyerlahan dalam pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

Ini merupakan langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀

Berikut dikongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan dan penebusan bagi penerima program ini.


Apakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?

Program Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen.

Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.



Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:



Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:
  • Layak untuk penerima BPR sahaja
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.



Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.⠀

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:
  • SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
  • SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my.


Diharapkan agar mereka yang layak akan menggunakan insiatif ini sebaik mungkin untuk melindungi diri dan keluarga tercinta.




Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Catat Ulasan

2 Ulasan