Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran BPR Bagi Yang Lulus Rayuan

 



Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 billion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Individu yang TIDAK LULUS permohonan BPR sebelum ini boleh buat rayuan bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Bagi yang dah buat rayuan, anda boleh buat semakan status tidak lama lagi dan ketahui tarikh bayaran bagi yang lulus rayuan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan status rayuan BPR 2021.

SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR yang telah dihantar boleh dibuat mulai Ogos 2021 di pautan berikut:
  • https://bpr.hasil.gov.my/
Pergi ke Menu MyBPR dan klik Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

TARIKH BAYARAN RAYUAN BPR

Jika anda LULUS RAYUAN BPR, anda akan terima bayaran BPR secara automatik pada tarikh berikut:

Bulan Ogos 2021

  • BPR Fasa 2: RM400
  • BPR (Tambahan): RM500

Bulan September 2021

  • BPR Fasa 3: RM500 @ RM1,100

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BPR

Pemohon yang layak mendapat kelululsan rayuan BPR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Orang ramai diminta sabar untuk tunggu makluman lebih terperinci berkenaan tarikh semakan status rayuan dan tarikh bayaran buat pemohon yang buat rayuan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, anda boleh hubungi talian Hotline BPR di 1-800-88-2747 atau alamat emel bpr@treasury.gov.my.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Macamana cek rayuan Lulus ke tidak

    BalasPadam
  2. Buntuan saya yang lepas tidak lulus.
    Bantuan yang pertama saya dapat rm300
    Yang ke 2 tidak dapat.saya tak tahu apa
    Sebab.saya harap kali ni tentu dapat

    BalasPadam
  3. Bagaimana saya nak tahu,saya layak atau tidak untuk bantuan ni.ye?

    BalasPadam
  4. sy nk thu yg sy lulus atau tdk

    BalasPadam
  5. Fasa pertama lulus yg kedua xda lulus,dah buat rayuan still tak lulus?.. ke masih dlm proses?
    Korng klu bagi bantuan lulus, luluslah semua dah dari tahun najip mmng lulus, knpa ada fasa² tak lulus pulak,menyusahkan saja rayuan²..

    BalasPadam
  6. Bantuan pertama dapat dan bantuan seterusnya saya tak dapat ..rakyat memerlukan bantuan ni knapa nak gagal bagai ... harap kerajaan bantu la rakyat

    BalasPadam
  7. Harap kerajaan dapat memperbaiki .. kasihan rakyat macam ni ...bantuan tu serba sedikit mengurangkan beban ini tak ..bila buka apps jwpn gagal why pelik tu alasanya surat ni tak ada pengesahan ..

    BalasPadam
  8. Ntah bila dapat pn x tau...tu blum kira lulus ke x....nasib badan

    BalasPadam
  9. Bantuan pertama lulus, bantuan kedua x dapat hingga sekarang ini

    BalasPadam
  10. Rayuan telah dibuat....tapi hingga kini xda jawapannya.

    BalasPadam
  11. Saya sudah semak status lulus tetapi dari bantuan bulan 5 masih tidak dikreditkan sehingga bantuan pemerkasaan lockdown 3.0...& tiada apa² mesej dari lhdn.masih ada kesilapan atas talian ke...mohon dari hamba allah yang memerlukan

    BalasPadam
  12. Semak kan bantuan tambahan saya bulan jun 2020 saya rasa belum dapat lagi lah cin

    BalasPadam