BPR Fasa 3: Semakan Tarikh & Baki Bayaran Kategori Bujang / Keluarga



Info Terkini BPR Fasa 3

Ramai yang ternya-tanya bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima.

Makluman untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, di sini akan dikongsikan tarikh semakan status dan maklumat pembayaran serta baki bayaran yang akan diterima mengikut kategori.

Apakah BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.


Bilakah Bayaran BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan?

Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangkan akan diterima pada bulan September 2021.



Berapakah Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima?

Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:

Kategori Keluarga

  • RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
  • RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
  • RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)



Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?

Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.



Cara Semakan Status / Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:
  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. macam mana kita tahu bprsudah masuk akaun

    BalasPadam
  2. Kategori bujang UTK fasa 3 memang x dpat lh

    BalasPadam
  3. Kalau MCM mpakai akaun lain sbb Sya tiada akaun

    BalasPadam
  4. Yang bujang nk MKaN pa bosku
    Ni kerajaan zalim# jangan salahkan rakyat(bujang)Klau mereka buat jenayah#

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya broo,Btul kau cakaptu.. Kerajaan ingat, yang bujang ni duduk rumah org tua jak.!! Sya merantau jauh2,ingat tinggal rumah sewa kah.mna mau bayar sewa rumah bayar motor.belanja brang rumah semua lah, brang keperluan, kerajaan mau kita mati kebuluran kali..😭😭😭..apa lah nasib kita yg membujang..sorry bro,cuma meluah #kongsi hidup aku sekarang ni😢😢 .. #TUKAR-kerajaan

      Padam
  5. Ape nak jadi pada bujang tak dapat. Ini tak boleh jadi.bujang nak fasa 3 di ada kan.

    BalasPadam
  6. Saya tahun lepas baru sahaja kaki opret sampai sekarang keje pun belum boleh lagi pasal jalan pun masih pakai tongkat.sudah 6.7bln

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum pihak yang menguruskan BPR 2021..SAYA ADA BEBERAPA SOALAN YG INGIN SAYA TANYA..
    1.JIKA SEBELUM INI SAYA DI DAFTARKAN DIBAWAH KATEGORI B40.. JIKA SAYA MAHU MEMOHON PERTUKARAN KATEGORI MISKIN TEGAR.. ATAS SBAB2 YG BERIKUT..(1)-SAYA MEMPUNYAI BEBERAPA PENYAKIT KRONIK YG ADA PENGESAHAN DARI HOSPITAL KERAJAAN,
    (2)-SAYA TIDAK MAMPU BEKERJA LAGI.
    (3)-SEKADAR BERGANTUNG KPADA HASIL TANAMAN 7POKOK KELAPA TUA & 4 POKOK KLAPA SAWIT YG SAYA TANAM DI ATAS TANAH PUSAKA PENINGGALAN ARWAH AYAH SAYA,..
    (4) ADAKAH SAYA BOLEH MENUKAR KATEGORI,SEBELUM DUIT BANTUAN DI CREDIT KAN.. KE AKAUN BANK SAYA..

    BalasPadam