Bantuan Khas COVID-19 : Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Mulai Ogos 2021

 


Bantuan Khas COVID-19

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Jumlah Bantuan BKC Ogos

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:
  • Miskin Tegar
  • B40
  • M40

Perincian jumlah bantuan BKC yang diumumkan adalah seperti berikut:
  • Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.
  • Individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November
  • Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 ringgit pada bulan Ogos dan RM300 ringgit pada bulan Disember.
  • Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos
  • Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.


Cara Permohonan

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

Kategori Penerima / Data Bantuan

  • Miskin tegar – Permohonan BPR 2021
  • B40 – Permohonan BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM)

Tarikh Bayaran

Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut:



Kaedah pembayaran adalah mengikut akaun masing-masing seperti berikut:
  1. Miskin Tegar – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  2. permohonan BPR 2021
  3. B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa
  4. permohonan BPR 2021
  5. M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam
  6. rekod percukaian

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bantuan BKC?

Dari RM100 sehingga RM1,300 mengikut kategori.

Siapa yang layak memohon Bantuan Khas COVID19?

Kategori miskin tegar, B40 dan M40.

Bilakah pembayaran BKC akan dibuat?

Bermula Ogos, November dan Disember.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Saya nk mntk tolong bntu bntuan Covid19

    BalasPadam
  2. Bantuan tu masuk bulan ogos berapa haribulan? Tidak di nyatakan di situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun nak tanya berapa haribulan masuk?ckp bulan ogos

      Padam
  3. Orng lain kebanyakan dapat bantuan dari kerajaan kerana kerajaan Banyak mengkaji atas kertas Yang hakikatnya tercicir orng mcm saya ni atas kertas nyatakan tak layak utk terima bantuan tapi hanya Allah saja Yang tahu

    BalasPadam
  4. Jutaan terima kasih buat pm sekarang ini yg tak jemu2 memberi ihsannya kepada seluruh Rakyat malaysia..alhamdulillah..terima kasih pm..terima kasih Allah.

    BalasPadam
  5. Asmk.saya perlu nk bantuan kewangan unt keperluan harian One off.

    BalasPadam
  6. Nk tnyaa kalau dapat gkp MMG xdapat bkc ke

    BalasPadam
  7. Nk tny kalau dpt gkp MMG xdpt bkc ke

    BalasPadam
  8. Saya pun sama.. mungkin hanya allah sahaja yang tahu, yang saya ini adalah yang tercicir dari kenyataan dari pihak kerajaan, dan saya berharap pihak kerajaan dapat menilai semula status orang macam saya adalah sama-ada layak atau tidak untuk menerima bayaran BKC sebanyak RM1,300.00.

    BalasPadam
  9. Tak habis habis..
    Perbodohkan..
    RAKYAT Malaysia yang naif,
    Mengapa ❓❓❓
    Berapa Juta Rakyat yg berdaftar Sebagai MISKIN TEGAR ❓❓❓❓
    MISKIN TEGAR ADALAH DARI..
    PAKATAN NASIONAL,
    SEMASA DS NAJIB RAZAK ..TIDAK PERNAH ADA BAYARAN MENGIKUT..
    KELAYAKAN PERIBADI SEORANG..
    ONLY..
    B40 ...
    APA LAH DOSA..
    SEHINGGA..
    DARJAT DAN KELAYAKAN..DIAMBIL KIRA ❓❓
    LAGIPUN..
    INI BUKAN DUIT..
    NENEK MOYANG SESIAPA..
    TETAPI
    SEDEKAH DARI PEMBAYAR CUKAI KEPADA.. PIHAK BERKUASA ( GAJI MENTERI..ADALAH SEDEKAH DARI TAK PAYER.. SO WHY.. NAK BERDALIH..
    INGAT..
    MAKANAN DARI MEJA MAKAN,
    DIAMBIL DGN KEJAM. OLEH YG TAK ADA MALU.. TETAPI MASIH.. MERASAKAN..ADA KERUSI NO 1,
    ORG ORG YG MENZALIMI..
    AKN PASTI..
    MENDAPAT..
    BALASAN DIDALAM DUNIA INI JUGA..DAN APABILA..
    KELUARGA TERSAYANG..
    DIJANGKITI..PENYAKIT BANGKAI..
    SELURUH..BADAN..DAN TEMPAT DITUJU..AKN BERUBAH..
    BAU BUSUK LEBIH BUSUK DARI NERAKA...
    BANGKAI BANGKAI.
    AKN SELAPUTI..
    ORG TERSAYANG..
    ANAK SENDIRI...
    THEN..
    MENYESAL..
    BIAR AIR MATA DARAH..SUDAH.. TIDAK AKN BERFUNGSI..
    #baruadaakai
    Sebagai RAKYAT MALAYSIA yg hanya..tahu Memberi, di naya hingga..
    Erti memberi..ibarat satu sumpahan..
    Warga emas sebatang kara..
    Miskin TEGAR DAN B40❓❓
    Bagaimana..sebatang kara..nak teruskan..
    Jikalau..
    DISURUH Duduk Rumah..
    MCO 3.0,
    Bil air, api, maintenance..
    Makanan serta status KETUA KELUARGA..diganti..
    BUJANG ❓❓
    Bukankah..

    Jahat.. ungkapan sesuai..
    Tetapi
    Taat dan Setia pada Raja dan negara..
    Adalah..Semangat yg..tersirat didalam diri,
    HIDUP tetap diteruskan dgn peritnya..

    BalasPadam
  10. Pertama kali bagi kite semua yg beragama islam ucapan syukur alhamdulillah....krn kite di kurniakan seorang PM yg bertngngnjwb dlm soal kebajikan rakyat walaupun negara sedang di landa maslh covid,ekonomi dan para kutu2 jalanan (baju hitam)

    Semoga allah swt selalu menberikan kesihatan yg bagus kpd PM dan jemaah menteri kerajaan PN untuk terus maju dalam mentakbir negara malaysia ini!!👍👍👍

    Dan para kutu2 jalanam atau mrk yg selalu tidak senang dgn kerajaan PN di malaysia ini sila lah berambus dari malaysia...goo too hell!!!🙄😊😊😊

    BalasPadam
  11. Rasa bimbang nanti masa bayaran BKC ini dibuat,kita ni pula diumumkan status tidak lulus atau gagal dengan memberikan alasan yang pelik-pelik sama seperti masa membuat bayaran BPR Fasa kedua, kalau begini, memang hanya sedap kerajaan menyebut, rakyat gila bodoh menunggu janji kosong bantuan kerajaan sahaja

    BalasPadam
  12. Harap harap bantuan BKC kali ini betul-betul kita boleh dapat bantuan dari kerajaan, jangan bagi harapan kosong kepada rakyat Malaysia

    BalasPadam
  13. Sy mcm2 minta bantuan bioa baca syarat itu la ini la susah betul la

    BalasPadam
  14. Hmmmm....naik menyampah, nak nie...nak tu la hujung2 #TakLulus
    Terang2 dah dalam sistem tu status #IbuTunggal. Hmmmm bantuan2 kerajaan yang dsalurkan tak juga saya d luluskan
    Ciiss....naik menyampah d buat nya.

    BalasPadam
  15. mula-mula jika Bantuan be full back diberikan kepada rakyat potong gaji2
    mp- mp duly

    BalasPadam
  16. Knp saya punya bkc masih tak masuk lgi ..sedangkan sudah dpt mesej dri hari ahad..12/9...tapi smpai skrg check ..tak masuk lgi ..

    BalasPadam
  17. Sya lulus...tpi dalm akaun blm masuk..5.9 trikh brjaya credit..smpai hri ini blm ada dlm akaun

    BalasPadam