Suri Rumah Boleh Mohon Bantuan Skim Cakna Suri Dan Terima RM100 Secara One-Off - Mingguan Jawatan

Breaking

Isnin, 5 Julai 2021

Suri Rumah Boleh Mohon Bantuan Skim Cakna Suri Dan Terima RM100 Secara One-Off


Untuk makluman anda, kini ada satu Bantuan SKIM CAKNA SURI akan diberikan kepada isteri yang tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa yang ada suami dan berumur 54 tahun ke bawah. Pendaftaran Suri Cakna 2021 merupakan kesinambungan daripada Skim Cakna Suri yang diwujudkan pada tahun 2020.

Skim ini adalah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2021 yang akan disambut pada hari Sabtu minggu terakhir bulan Ogos.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara buat permohonan.

SKIM CAKNA SURI

Pendaftaran Suri Cakna 2021 merupakan satu skim istimewa sempena Sambutan 3 Dekad Membangun Bersama Islam. Ia khusus diwujudkan untuk menghargai jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh suri rumah bersempena dengan Sambutan Hari Suri Rumah Peringkat Negeri Kelantan 2021.

Menyedari bahawa suri rumah merupakan satu profesion yang sangat penting dan perlu dihormati dalam membentuk keluarga Mawaddah yang selari dengan Dasar Keluarga Mawaddah, maka pelbagai program cakna Suri termasuk Suri Cakna ini diperkenalkan.

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan diberikan kepada suri rumah yang layak adalah:
  • RM100

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak menerima bantuan Cakna Suri:
  • Suri rumah sepenuh masa
  • Berumur 54 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  • Menetap di negeri Kelantan
  • Pendapatan Isi Rumah RM1,500 dan ke bawah
  • Tidak mendapat bantuan One-Off Skim Cakna Suri 2020

CARA MOHON BANTUAN SKIM CAKNA SURI

Sekiranya anda merupakan suri rumah yang memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh isi borang permohonan sekarang sehingga 10 Julai 2021. Klik pautan berikut untuk membuat permohonan.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Unit Pembangunan Keluarga di talian 013 983 69215


8 ulasan:

  1. Kesihanilah ambo. Tlg jangan tipu lagi. Ambo dh bayar pendaftaran 50 tu

    BalasPadam
  2. Sy masa susah sekarang ada apa bantuan dapat

    BalasPadam
  3. saya tidak bekerja..surirumah..saja dan baru bercerai..tiada pendapatan.

    BalasPadam
  4. saya surirumah sepenuh masa..tiada pendapatan..baru sahaja bercerai

    BalasPadam