ISU SEMASA
SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi 2 Bulan

SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi 2 Bulan
Individu yang sedang mencari pekerjaan sama ada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal kini boleh memohon Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 bagi tempoh 2 bulan.Untuk makluman, pelaksanaan SIP PRIHATIN 2.0 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pakej Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.
Bagi memastikan mereka layak menerima SIP PRIHATIN 2.0 ini, mereka perlu mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan layak menerima insentif SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.
Permohonan secara atas talian telah dibuka mulai 15 Julai 2021 iaitu hari Khamis.

Mengenai SIP PRIHATIN 2.0
SIP PRIHATIN 2.0 ialah elaun yang diberikan kepada para pencari pekerjaan dalam kategori bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.Mereka perlu mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membolehkan mereka mendapat elaun tersebut.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon SIP PRIHATIN 2.0 adalah seperti berikut.- Individu tersebut mestilah kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
- Individu telah berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
- Individu terbabit mestilah menganggur.
- Individu tersebut telah menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan.
Kadar Elaun Mengikut Kategori
Kadar elaun yang ditawarkan adalah berdasarkan kategori seperti berikut:Aktiviti Carian Pekerjaan | Jumlah Aktiviti Setiap Bulan | Jumlah Insentif |
Menghadiri temuduga terbuka (fizikal atau dalam talian) | 3 temuduga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan | Layak menerima insentif RM300 x 2 bulan |
Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama | Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun mencari pekerjaan | Layak menerima RM400 secara one-off |
Pendaftaran MYFutureJobs
- Layari laman web www.myfuturejobs.gov.my
- Klik butang ‘Jobseeker Sign In’ untuk mendaftar profil pribadi
- Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama.
- Isikan maklumat email dan no. kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan.
- Kemudian, log masuk dan cari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi.
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membuat permohonan pekerjaan yang diingini.
Catat Ulasan
7 Ulasan
Mohon
BalasPadamBerkeja
BalasPadamMohon
BalasPadamSaya ni tukang masak( kontrak)saya xdpt bekerja selama 2bulan disebabkn covid...tiada pendapatan lansung sekarang.sya adalah B40.soalan Sya layak untuk bantuan apa(penerima bsh).
BalasPadamMohon
BalasPadamMohon
BalasPadamSaya ni pelayan di kedai makan.. Di sebabkan wabak covid ni.. Pekerja pun di kurangkan dan di bagi cuti sementara.. Termasuk lah saya.. Saya adalah b40.. Bantuan apakah yg saya layak
BalasPadam