ISU SEMASA
Program PRIHATIN Kasih: Semak Status Penerima RM100 Sebulan

Program PRIHATIN Kasih: Semak Status Penerima RM100 Sebulan
Keluarga miskin bandar di seluruh negara bakal menerima bantuan RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Untuk makluman, Program PRIHATIN Kasih adalah inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang akan dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.
Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang amat teruk terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi program ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program ini yang dijangka memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

Mengenai Program PRIHATIN Kasih
Program PRIHATIN Kasih adalah bantuan yang disalurkan kepada isi rumah miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.⠀Penerima yang layak akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.
Elaun tersebut kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya.
Lokasi Pembelian
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Stores (Tesco)
- Kedai-kedai runcit yang terpilih
Bulan Pelaksanaan
Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan iaitu:Negeri | Bulan Pelaksanaan |
Selangor dan Kuala Lumpur | Julai hingga September 2021 |
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu | Ogos hingga Oktober 2021 |
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak | September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian) |
Semakan Kelayakan
Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan melalui langkah-langkah berikut:- Layari laman web https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.
- Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.
- Klik butang ‘Semak Status.’
- Keputusan kelayakan dipaparkan.
- Penerima yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
- Penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
Catat Ulasan
14 Ulasan
Saya golongan B40.Belum menerima duit BPR Duit rm300 iaitu rm100 tiap bulan hingga bulan ketiga.Suami Saya OKU hampir 3 tahun
BalasPadamSaya juga tidak menerima Bantuan BPN .MAasa BRIM.Duit masuk elok.Saya terpaksa berhenti kerja jaga suami stroke(OKU)hampir 3tahun dah.
BalasPadamsaya golongan B40, saya dah berumur 35thn, saya ada menuntut pendidikan diploma di ipt dengan tanpa diberi pinjaman, saya belum lagi menerima duit bantuan bakul makanan RM100.00 sebulan.
BalasPadamSaya golongan B40,saya sudah berumur 36 tahun Dan tidak pernah menerima duit bantuan bakul makanan RM100.00 sebulan
BalasPadamSahimsham97@gmail.com
BalasPadamSaya golongan B40.berumur 31 dan tidak pernah menerima duit bantuan bakul makanan rm100.00 sebulan
BalasPadamsaya golongan B40 umur 49, macammana cara nk daftar utk bantuan RM100 sebulan ke dalam mykad
BalasPadamB40 bujang dAri mula BPR tambahan keluar sampai sekarang xda pun masuk akaun.
BalasPadamSaya berumur 36 saya tidak pernah menerima bakul rm100 duit bantuan bakul makanan ini
BalasPadamBpr, bkks, semua x dpt. Semua reject. Bertabahlah wahai hati... Angkara covid durjana hidup jadi kacau. No income no job... Bertabahlah
BalasPadamTinggal di Kajang,B40,suami saya berusia 53thn tak berkerja atas sebab kes mahakamah tertangguh lantaran PKP,gaji di tahan sejak pkp 0.2 hingga sekrg,saya suri rumah sepenuh masa menghidap asthma kritikal,anak tak kerja kerana arahan tempat kerja tutup di sebabkan PKP,cuti tanpa gaji,bantuan BPR fasa 2 gagal,dah buat rayuan tapi masih menunggu call,apalah ada bantuan dari pihak kerajaan seperti BPR dan Prihatin/Pemerkasa Rm100x3 bulan apakah kami tak layak?kami juga terkesan dengan pendemik covid19 ini,apakah ini cara yg di balas pada khidmat jasa suami saya selama 28thn dgn berbagai pengorbanan di berikanya,hanya kerana sesuatu sebab suami saya tempat lempias tohmahan yg merasa terganggu,kami redha terima tapi kesan covid19 ini sungguh jelas,kelayakan bantuan atau bantuan dari majikan sekali pun ternyata golongan seperti nasib kami ini memang di pinggirkan..PKP 0.2 majikan mengantung gaji suami..apa yang kami nak.makan?kerja pun tak.boleh!!!
BalasPadam860923465392
BalasPadamSaya golongan B40 , saya juga tak dapat bakul makanan Rm 100 sebulan dan saya juga golongan ekasih
BalasPadamSaya golongan b40 suri rumH sepenuh masa anak 4 oeg suami satu org bekerja untuk tanggungan serumah gaji dpotong semenjak pkp ada dan lama company xmampu lagi utk byr gaji penuh ttetapi kami skeliarga xpernH mendapat apa bantuan darinmana pihak termasuk bantuan rm100 ni macam mana nak mendaftar untuk tampung keperluan harian kami kuarentin positive covid kendiri sampai 1 bulan d rumah pun xada bantuan terpaksa mkn apa saja yg ada d rumah tolong tunjuk cara untuk mdpt bantuan sterusnya terima kasih ,🙏🙏
BalasPadam