Permohonan Protege "Ready To Work" TNB Kini Dibuka / Elaun RM2,000 Untuk Graduan Di Seluruh Negara

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini menawarkan peluang mengikuti Program PROTEGE Ready To Work (RTW) TNB Fasa 7 bagi pengambilan tahun 2021. TNB mempelawa warganegara Malaysia yang merupakan graduan menganggur dan memenuhi syarat kelayakan untuk mohon program yang ditawarkan.
Permohonan boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup yang ditetapkan iaitu 30 Julai 2021. Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12 bulan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE TNB yang ditawarkan.
MAKLUMAT PROTEGE TNB
- Lokasi: Seluruh Malaysia
- Nama Syarikat: Tenaga Nasional Berhad
- Nama Program: PROTEGE Ready To Work (RTW) Fasa 7 (Pengambilan Tahun 2021)
- Tarikh Tutup Permohonan: 30 Julai 2021
- Tempoh Program: 12 Bulan
APA ITU PROTEGE?
- Professional Training and Education for Growing Entrepneurs (PROTEGE) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
- Objektif utama PROTEGE adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokonh aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3: Transformasi Modal Insan, PROTEGE melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
- Antara instrumen penting di bawah PROTEGE untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTEGE - Ready To Work (PROTEGE-RTW)
- Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12 bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan / Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbiran Awam / Statistik , Undang-undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB)
- SPM / SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
- Had umur tidak melebihi 27 tahun.
- Graduan Ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan.
- Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setaraf dengan kelulusan (underemployed).
- Sanggup mengikuti latihan di mana-mana unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
- Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Pendapatan B40 & M40) dan tiada masalah kesihatan.
- Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.
FAEDAH PENYERTAAN
- Elaun saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
- Kelayakan cuti
- Potongan PERKESO & EiS
- Bayaran balik rawatan perubatan
CARA MEMOHON

Catat Ulasan
0 Ulasan