Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 PEMULIH RM600 - Mingguan Jawatan

Breaking

Selasa, 6 Julai 2021

Permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 PEMULIH RM600



Menerusi Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan lagi Program Subsidi Upah PSU yang telah dilaksanakan sebelum ini dengan melaksanakan PSU 4.0.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah melaksanakan 3 siri Program Subsidi Upah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM15 bilion dan melibatkan 2.7 juta pekerja.

Bagi PSU 4.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion yang dijangka mensasarkan 242,000 majikan dan memanfaatkan lebih 2.5 juta pekerja.

PSU 4.0 dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan bermula 1 Ogos 2021.


Mengenai Program Subsidi Upah

PSU ialah program bantuan kewangan oleh kerajaan yang dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan untuk setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Tujuan pelaksanaan PSU adalah bagi membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar mereka dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan mereka membuang pekerja.

Namun, bagi pelaksanaan PSU 4.0, syarat bergaji RM4,000 dan ke bawah telah dimansuhkan.

Ini bermakna, majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi sekiranya pekerja tersebut bergaji melebihi RM4,000.

Tempoh Pelaksanaan

Tempoh pelaksanaan PSU 4.0 adalah selama 4 bulan sahaja kepada majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2021.

Tempoh 4 bulan ini adalah tertakluk kepada fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan iaitu:
  • 2 Bulan Pertama - Fasa Kedua
  • 2 Bulan Tambahan - Fasa Ketiga

Bilangan Pekerja Yang Boleh Dituntut

Majikan boleh menuntut sehingga 500 orang pekerja bagi pelaksanaan PSU 4.0.
Kadar Bayaran

Kadar bayaran bagi PSU4.0 adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

Syarat Kelayakan

Setakat ini, syarat kelayakan yang ditetapkan bagi majikan yang ingin memohon PSU 4.0 adalah seperti berikut:
  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majikan tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
Namun, jika terdapat syarat-syarat tambahan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Majikan yang ingin membuat permohonan PSU 4.0 boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
  2. Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  3. Klik butang ‘Permohonan Baru’
  4. Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi permohonan PSU 4.0 adalah seperti berikut:
  1. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  2. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  3. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No. BRN dan No. akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  4. Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  5. Akuan Pengisytiharan PSU 4.0.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 4.0, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

7 ulasan: