Permohonan Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Hanya Dengan Panggilan Telefon Di Seluruh Negara - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Khamis, 15 Julai 2021

Permohonan Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) Hanya Dengan Panggilan Telefon Di Seluruh Negara

 


Bakul Prihatin Negara ini adalah hasil cetusan idea daripada YAB Perdana Menteri, sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan Bakul Prihatin Negara yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan, yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif Prihatin Rakyat yang telah diumumkan sebelum ini termasuk di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Kerajaan terus cakna dan prihatin terhadap kehidupan rakyat yang terkesan apabila melaksanakan inisiatif terbaharu, Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan “Whole of Society” melibatkan Kerajaan dan syarikat korporat dengan pelaksanaan penyampaian bantuan oleh Sukarelawan Skuad Prihatin Negara di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



Di sini dikongsikan maklumat lanjut tentang Bakul Prihatin ini dan cara untuk membuat permohonan bagi setiap keluarga di Malaysia.

Apakah Bakul Prihatin Negara?

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik
COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Bakul Prihatin ini mengandungi barang keperluan asas seperti berikut:
  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

Setiap keluarga yang terjejas pendapatan dan terkesan akibat pandemik COVID19 layak membuat permohonan dan menerima Bakul Prihatin ini.

Cara Permohonan

Kepada mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:
  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

JKM akan menerima laporan, menyediakan barangan keperluan tersebut dan dihantar terus ke rumah yang memerlukan oleh Skuad Prihatin Negara.



Borang Permohonan Bakul Prihatin

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang http://www.jkm.gov.my.

ATAU

Muat turun borang permohonan & info di bawah

1. FAQ Bakul Prihatin Negara
2. Carta Alir Permohonan
3. Slide Prihatin Negara
3. Barang Bakul Prihatin
4. Lampiran A – Borang Permohonan
5. Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

Klik disini untuk muat turun keseluruhan dokumen diatas.

2 ulasan: