Borang Permohonan Bantuan RM100 Sebulan Selama 3 Bulan / Program Prihatin Kasih - Mingguan Jawatan

Breaking

Khamis, 8 Julai 2021

Borang Permohonan Bantuan RM100 Sebulan Selama 3 Bulan / Program Prihatin Kasih

 


Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program ini dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara dengan penyaluran sejumlah RM100 untuk 3 bulan, bermula 1 Julai 2021.

Yayasan MyKasih telah dilantik oleh Yayasan Hasanah untuk melaksanakan inisiatif PRIHATIN Kasih yang menggunakan teknologi cip MyKad untuk menyalurkan bantuan dengan tepat, cekap dan selamat.

BANTUAN PRIHATIN KASIH

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak:
  • RM100 selama 3 bulan
Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

SEMAKAN BANTUAN PRIHATIN KASIH

Orang ramai perlu semak kelayakan terima bantuan terlebih dahulu untuk ketahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan PRIHATIN Kasih.

Dah semak tetapi NAMA TIADA DALAM REKOD? Anda boleh cuba isi borang permohonan yang disediakan di bawah.

SEMAKAN STATUS TIADA REKOD

Menurut maklumat dari pihak MyKasih Foundation:

Bagi sebarang pertanyaan berkenaan Program PRIHATIN Kasih, adalah dimaklumkan bahawa penerima PRIHATIN Kasih telahpun dikenalpasti dan dipilih melalui data Jabatan Kebajikan Rakyat (JKM) serta sistem e-Kasih yang disemak bersama data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Sekiranya 'Semakan Status' kelayakan Tuan/Puan menunjukkan 'Tiada Rekod' sila gunakan eBorang yang disediakan untuk pertimbangkan pihak JKM san e-Kasih Pihak kamu akan menghubungi Tuan/Puan jika permohoanan bantuan diluluskan oleh pihak kerajaan.


BORANG PERMOHONAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Bagi yang tiada rekod semasa buat semakan status, anda boleh cuba isi borang permohonan yang disediakan di bawah
Penerima PRIHATIN Kasih yang layakan akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Elaun akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di laman web 
https://www.mykasih.com.my/


35 ulasan:

  1. Knp saya tiada dlm recod bantuan rm100 minggu Lps sudah ada isi form

    BalasPadam
  2. Mcm cara nk apply bantuan rm100.

    BalasPadam
  3. Mcm payah je nk minta bantuan 100 ni..kpd
    yg berkenaan tolong permudahkan

    BalasPadam
  4. Kekurangan keperluan rumah

    BalasPadam
  5. Mcm mna nak mohon bantuan 100 ni.saya tak ada keja.layak ke

    BalasPadam
  6. Macam mana nama sy tak ada ni,fial tak ditemuai pelik betul

    BalasPadam
  7. Mcm mna nk mohon bantuan 100 ni.kekurangan keperluan rumah

    BalasPadam
  8. Mana link utk buat permohonsb

    BalasPadam
  9. Susahnya kita mau mohon pun tdk dpt bh ermmmm

    BalasPadam
  10. indah khabar dari rupa..zolim

    BalasPadam
  11. Payah nye nak isi.ni bukak pun xboleh

    BalasPadam
  12. Mcm mane nk mohon,sy amat memerlukan

    BalasPadam
  13. Ape susah sangat nak isi borang ni.sampai kene buat font sendiri

    BalasPadam
  14. Cek nama pon takda dalam rekod pon..

    BalasPadam
  15. mana borang mau memohon ni?

    BalasPadam
  16. Mcmne nk mohon sy ibu tungal

    BalasPadam
  17. Mcm ne nk mohon..tekan kt borang permohonan kuar link yg ln..saya ada ank kecik 2 0rg..seorg brumur 3tahun dan seorg UMUR 1tahun..MNG sngt2 memerlukn susu n pampers..serta brg2 keperluan..hrap dpt bg penjelasan

    BalasPadam
  18. Macam mne nk mohon..saya ni ada anak kecik 2org..brumur 3tahun dgn 1tahun..MNG amat memerlukn susu pampers serta brg2 keperluan dapur

    BalasPadam
  19. Knpe tak boleh isi form utk bantuan rm100 slme 3 bulan

    BalasPadam
  20. mcm mna nk mohon Borg e ksih nie ,,, pendapatan dah 3bulan tak berkerja

    BalasPadam
  21. Mcm mana nak mohon ya ..saya ibu tinggal ..

    BalasPadam
  22. tekan dah masuk tapi bt email microsoft pula .mkin dlm masuk mkin tk jumpa borang nya 😂 30 minit dah ngadap nk ngisikn dia aje .pinar biji mata .ramai yg tk dpt nk bt .kami nmg memerlukan bantuan mcmni lagi2 yg ad ank2 kecik mcm kami ni dan suri rumh ..sy ad 3 ank .6 tahun 5 tahun 6 bulan ,dan jaga mak OKU ..mohon mudahkan untuk mohon bantuan ni ya .

    BalasPadam
  23. Tekan link nk isi borang tade pulak

    BalasPadam
  24. Covid19 menular.
    Masyarakat risau, saling menyayangi dan membantu amat diperlukan sekarang.

    Program Food Care dari Yayasan Tzu Chi KL & Selangor, membekalkan makanan asas kepada keluarga yang perlu. Bersama-sama kita harungi saat genting ini.

    Tzu Chi KL&Selangor bersama anda
    #KitaHarungiBersama ❤️
    Pendaftaran untuk pengagihan makanan pada setiap hari Ahhad bulan Ogos, 3PM-5PM,
    1. Untuk Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
    2. Pengambilan barangan di tempat yang ditetapkan sahaja (KL&Selangor sahaja)
    3. Satu pek untuk setiap keluarga
    4. Hargai pemberian ikhlas, terbuka kepada keluarga yang memerlukan

    Pendaftaran melalui link berikut (link permohonan akan dibuka setiap hari Isnin 9.00am)
    https://creatorapp.zohopublic.com/tcapps_tzuchi/tzu-chi-food-care/form-perma/Tzu_Chi_Food_Care_Registration/4gCgCAFBemj2dnMqBDYryDS9zMdtMZS7N7AOX8JH3Kg6QK6GGUHrjpQO3WD3zyCSC77UtNUwR7W0MNamvtqH5ZWN8SjDAKbSyJBy

    Kami harap program bantuan makanan ini boleh serba sedikit membantu keluarga yang sedang menghadapi saat-saat sukar pada masa ini. Semoga usaha ini boleh meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan.

    BalasPadam
  25. Kenapa x blh nk isi borang ni? Mcm mana nk mohon, makin ssh ada la.. Tolong la, jgn bg rakyat makin ssh..

    BalasPadam
  26. sy tekan link pun xleh buka...memerlukan utk beli keperluan dan pampers anak...

    BalasPadam