Cara-Cara Membuat Permohonan Bantuan Bakul Makanan Di Setiap Negeri Melalui Panggilan Telefon ~ Mohon Sekarang!


Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan kerajaan kepada setiap Ahli Parlimen sebagai tambahan khusus demi tujuan Program Bakul Makanan selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC).


Individu yang memerlukan bantuan bekalan makanan tidak perlu bersusah payah mengibar bendera, Ahli Parlimen anda sedia berkhidmat hanya dengan SATU PANGGILAN TELEFON.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat permohonan Bantuan Bakul Makanan.


OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN

Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:
  • Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan.
  • Sebagai salah satu acara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia
  • Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.

CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN

Orang ramai yang memerlukan Bantuan Bakul Makanan yang membekalkan keperluan asas boleh dapatkan bantuan masing-masing dengan hubungi nombor telefon Pusat Khidmat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap kawasan dibawah:


MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN JKM

Bantuan Bakul Makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:
  1. Pergi ke pautan https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
  2. Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut
  3. Hantar borang yang lengkap diisi melalui emel
  4. Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa bekerja
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi JKM atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

Semoga Bermanfaat!


 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. pastikan maklumat benar. benda tak wujud jangan di war2 kan.

    (Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut) - ini takda pun dalam website!

    BalasPadam
  2. Kerana suami perkerjaan nelayan .mendapatan tidak tentu.

    BalasPadam
  3. Kerana suami penoreh getah
    Mendapatan Tak cukup.

    BalasPadam
  4. Kerana suami kerja kampung potong buah kelapa sawit tdk ckop

    BalasPadam
  5. maaf nk ckp la...kluar pi la bantuan pa pn.pyh nk dapat..kmi dri covid fasa pertama..sampai skrang satu bantuan apa xdpt....sbb org atas sbnarnya bgi barang2 tu smua dekat adikbradik atau org yg depa knai saja....maaf la...tlog la perihatin kepada yg btoi2 memerlukan ...bagi la ada hati ngn peqasaan sama...

    BalasPadam
  6. Suami jaga rumah org,tpi gaji tu x berapa cukup untuk kami anak beranak sbb,saya ada anak yg mahu di bayar yuran setiap bulan..dan suami ada tanggungan 7 org

    BalasPadam
  7. Saya pi pejabat ahli parliman mereka suruh pi kepada kawasan masing masing saya oku berilah yang memerlukan .kuala kedah

    BalasPadam
  8. Salam,sy ada 3 org ank yg masih kecil,suami sy xde pkerjaan yg ttp..mf nk ulaskan sperkara..andai nk tlg,tlglah dgn ikhlas,andai xprcaya kami ni org xkaya,cubalah slidik latar blakang kami..klu kmi senang buat apa kami nk mmohon@mminta..jgn mnilai tntg faktor umur,tua xsmestinya ssh,muda xsmestinya senang..

    BalasPadam
  9. kerana sy bkrja sndri dn kini tidak dpt melakukan apa2 kerja kerana virus covid 19 di negara kita

    BalasPadam
  10. Covid19 menular.
    Masyarakat risau, saling menyayangi dan membantu amat diperlukan sekarang.

    Program Food Care dari Yayasan Tzu Chi KL & Selangor, membekalkan makanan asas kepada keluarga yang perlu. Bersama-sama kita harungi saat genting ini.

    Tzu Chi KL&Selangor bersama anda
    #KitaHarungiBersama ❤️
    Pendaftaran untuk pengagihan makanan pada setiap hari Ahhad bulan Ogos, 3PM-5PM,
    1. Untuk Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
    2. Pengambilan barangan di tempat yang ditetapkan sahaja (KL&Selangor sahaja)
    3. Satu pek untuk setiap keluarga
    4. Hargai pemberian ikhlas, terbuka kepada keluarga yang memerlukan

    Pendaftaran melalui link berikut (link permohonan akan dibuka setiap hari Isnin 9.00am)
    https://creatorapp.zohopublic.com/tcapps_tzuchi/tzu-chi-food-care/form-perma/Tzu_Chi_Food_Care_Registration/4gCgCAFBemj2dnMqBDYryDS9zMdtMZS7N7AOX8JH3Kg6QK6GGUHrjpQO3WD3zyCSC77UtNUwR7W0MNamvtqH5ZWN8SjDAKbSyJBy

    Kami harap program bantuan makanan ini boleh serba sedikit membantu keluarga yang sedang menghadapi saat-saat sukar pada masa ini. Semoga usaha ini boleh meringankan beban mereka yang benar-benar memerlukan.

    BalasPadam
  11. Salam sy Suriya dari mengkuang titi sy ingin mohon bantuan bakul mknan rm 300 dh berapa kali sy cuba x blh jg sy dri golongan miskin tegar tolong lh sy bgna nk memohon dh braa kli dh isi borang x blh jg jg.susah betul lh

    BalasPadam