TARIKH RASMI BAYARAN BPR TAMBAHAN RM500 ISI RUMAH & RM100 BUJANG BERPERINGKAT

 


TARIKH RASMI BAYARAN BPR TAMBAHAN RM500 ISI RUMAH & RM100 BUJANG BERPERINGKAT

Sepertimana yang telah diumumkan, Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang lebih ketat atau total lockdown untuk tempoh dua minggu bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021 dan kini dilanjutkan lagi. Semua sektor sosial dan ekonomi ditutupi kecuali sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu.


Tindakan ini diambil setelah trend peningkatan kes-kes COVID-19 menunjukkan kenaikan yang amat mendadak dengan mencatat kes-kes kematian yang tinggi setiap hari. Namun, pelaksanaan PKP penuh ini sudah pasti akan menjejeaskan keadaan hidup rakyat terutama dari segi pendapatan.


Dibawah pakej PEMERKASA PLUS (PEMERKASA+) Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan BPR Tambahan kepada semua golongan isi rumah dan bujang yang terjejas.

KADAR BANTUAN BPR TAMBAHAN MENGIKUT KATEGORI

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 billion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:
  • Isi rumah berpendapatan di bawah RM2,500
    BPR Tambahan: RM500

  • Isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000
    BPR Tambahan: RM300

  • Golongan bujang
    BPR Tambahan: RM100

TARIKH RASMI BAYARAN BPR TAMBAHAN

Tarikh bayaran BPR Tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada:
  • Tarikh bayaran BPR Tambahan: Secara berperingkat MULAI 30 JUN 2021 (RABU)
Orang ramai yang masih belum dapat bayaran masing-masing diminta untuk sabar menunggu bayaran masing-masing kerana bayaran dibuat SECARA BERPERINGKAT. Ini bermaksud, tidak semua orang akan dapat bayaran pada 30 Jun. Anda akan terima bayaran dalam masa terdekat mengikut giliran.


Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 billion ringgit.


Untuk BPR Tambahan kali ini, orang ramai tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana SEMUA penerima BPR sedia ada akan menerima bayaran masing-masing pada tarikh yang ditetapkan.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Bantuan fasa kedua tak dapat lagi, yang rm500 pun blom jugak dapat, dah 4 kali kemaskini masih juga berstatus tak layak, sya dah fedup dengan bantuan ni, serabut otak kepala skrg ni dengan sewa rumah dah 2 bulan x bayar..

    BalasPadam
  2. Saya dom golongan B40 , tp kenapa saya saya bayaran bpr dlm kategori bujang?

    BalasPadam
  3. Sblm ni saya tiada masalah dlm pembayaran bpr. Saya ni ibu tunggal dgn 3 org anak...kenapa saya dpat bayaran kategori bujang. Boleh jelaskn apa ini kesilapan dri pihak saya ? Sedangkan seblm ni tiada masalah soal pembayaran bpr. Sepatutnya saya sot bayarn rm500 sprti yg lain b40 mcm saya dpat. Tp saya saya check dlm acc cuma rm100 mcm kategori bujang. Mohon pencerahan ,terima kasih.

    BalasPadam
  4. Saya daftar bpn bsh BPR tak lulus.saya tak pernah terima bantuan ni semua.kali saya mohon pendaftaran saya lulus.Sya golongan bujang umur skrg 33 th.

    BalasPadam