Tarikh Bayaran i-Sinar Bulai Julai 2021 - Bayaran Terakhir Kategori 2

 

Sudah masuk bulan 6 sejak permohonan i-Sinar KWSP dibuka. Bagi yang masih pernah mohon, anda masih berkesempatan membuat permohonan i-Sinar KWSP sehingga 30 Jun 2021 nanti. Bagi pemohon kategori 1 yang telah mendapat bayaran selama 6 bulan, tiada lagi bayaran untuk anda bagi bulan berikutnya kerana jumlah bayaran adalah sesuai dengan jumlah yang dimohon.

Pemohon kategori 2 dan pemohon i-Sinar tanpa syarat yang buat permohonan pada bulan Februari lalu masih ada bayaran terakhir pada bulan Julai 2021. Bayaran pada Julai merupakan bayaran ke 6 yang akan diterima. Selepas ini, tiada lagi bayaran dibuat kepada pemohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai 2021 dan cara buat semakan.

TARIKH BAYARAN JULAI 2021

Seperti bayaran sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Julai akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama bekerja, iaitu dijangka pada:
  • Mulai 10 Julai 2021

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
  • Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya jika dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 hari bulan bagi bulan berikutnya. Begitu juga bulan Julai, akan terima pada 6 Julai jika jatuh pada hari bekerja; ATAU 
  • Maksimum dalam tempoh 2 minggu pertama
  • Sebelum akhir bulan berkenaan

PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN

Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. macam mana saya punya i sinar belum habis di Bayar yang 10k itu

    BalasPadam