Tarikh Agihan 10,000 Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Pelajar Sekolah Menengah
Berita baik buat pelajar sekolah di Sabah! Kerajaan Sabah akan mengagihkan 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 di negeri ini bermula bulan Julai 2021 nanti.
Kaedah ini diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu pelajar yang tidak berkemampuan agar tidak tercicir dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 Juta itu diberi khusus untuk pelajar yang menduduki peperiksaan penting penghujung tahun ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan dan tarikh agihan bantuan komputer riba Sabah.
TARIKH AGIHAN BANTUAN KOMPUTER RIBA
- Mulau 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021
KRITERIA KELAYAKAN
- Pelajar warganegara berasal dari Sabah
- Pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang mengambil peperiksaan SPM, STPM dan STAM di penghujung tahun 2021.
- Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar
- Satu komputer untuk satu ketua isi rumah (Kir)

Catat Ulasan
0 Ulasan