Permohonan Moratorium PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Selasa, 29 Jun 2021

Permohonan Moratorium PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan


Permohonan Moratorium PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik 6 Bulan

Salah satu insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ialah pemberian moratorium automatik tanpa syarat selama 6 bulan.

Untuk makluman, pemberikan moratorium automatik tanpa syarat pinjaman bank ini diberikan membantu mereka yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ini akibat pelbagai rintihan diadukan daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga turut membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19.

Perdana Menteri turut memaklumkan pemberian moratorium automatik selama 6 bulan tersebut dibuat hasil daripada kerjasama daripada pihak bank di dalan negara.

Tarikh Permohonan Moratorium

Permohonan moratorium PEMULIH akan mula dibuka mulai 7 Julai 2021.

Kategori Pemohon

Semua rakyat Malaysia yang ingin membuat permohonan moratorium PEMULIH boleh memohon seperti:
  • B40
  • M40
  • T20
  • Usahawan/Peniaga mikro

Syarat Permohonan

Untuk makluman, tiada lagi syarat dikenakan kepada pemohon yang ingin memohon moratorium seperti:
  • Pengurangan pendapatan.
  • Semakan kehilang pekerjaan.
  • Dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Ini bermakna, jika pemohon memohon, mereka akan diberikan kelulusan automatik selepas mereka menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan.

Selain itu, kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha atau usahawan mikro dan PKS yang terjejas dan ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan moratorium PEMULIH ini, pemohon akan dimaklumkan mengenai tatacara permohonan oleh pihak bank.

Pemohon juga boleh menghubungi pihak bank untuk mendapatkan maklumat dan info mengenai moratorium ini:

Nama BankNo Telefon
Affin Bank Berhad03-8230 2222
Al Rajhi Banking &
Investment Corporation (Malaysia) Berhad
03-2332 6000
Alliance Bank Malaysia Berhad03-5516 9000
AmBank (M) Berhad03-2178 8888
BNP Paribas Malaysia Berhad03-2179 8361
Bank Islam Malaysia Berhad03-2690 0900
Bank Muamalat Malaysia Berhad03-2600 5500
CIMB Bank Berhad03 6204 7788
Citibank Berhad03-2383 0000 
HSBC Bank Malaysia Berhad1300 88 1388 
Hong Leong Bank Berhad03-7959 1888
Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad1300 888 534 
MUFG Bank (Malaysia) Berhad03-2034 8000
Malayan Banking Berhad 1300 88 6688
MBSB Bank Berhad03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad03-8317 5000 
Public Bank Berhad03-2179 9999 
RHB Bank Berhad03-2776 3111
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 1300 888 888 
Sumitomo Mitsui Banking Corporation
Malaysia Berhad
03-2176 1512
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd 03-2616 6800
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)
1300 800 800
Bank Pembangunan Malaysia Berhad03-2611 3217
Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)1300 88 2476
Small Medium Enterprise Development
Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
03-2615 2020
Bank Simpanan Nasional1300 88 1900
Export-Import Bank of Malaysia Berhad
(EXIM Bank)
03-2601 2000

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan