Permohonan Baru i-Sinar Kini Dibuka Sehingga 30 Jun 2021 ~ Semak Cara Memohon
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.
Walaubagaimanapun KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan individu yang belum buat permohonan i-Sinar masih boleh mohon sehingga 30 Jun 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemansuhan syarat i-Sinar.
TARIKH PERMOHONAN i-SINAR
- Tarikh Tutup : 30 Jun 2021
TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT I-SINAR
- Memberi kemudahan pengeluaran
- Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada.
- Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021.
JUMLAH PENGELUARAN KEKAL
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah RM5,000
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akaun akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT
CARA MOHON i-SINAR TANPA SYARAT
- Pergi ke pautan https://isinar.kwsp.gov.my/. Klik PERMOHONAN BARU
- Isikan Nombor MyKad dan Nombor Telefon Bimbit dan klik TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima ATAU Jawab Soalan Keselematan
- Tetapkan Amaun Pilihan, bayaran Bulanan Pertama dan klik TERUSKAN. Lengkapkan maklumat pemohon
- Lengkapkan Maklumat Permohonan dan Klik TERUSKAN. Pemohon anda diterima dan akan diproses
Catat Ulasan
1 Ulasan
https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=M60fTgcNsEeEgZPSuvhVUEM5Zn0e7bVInHbpRpUIZ2tUNUQxNkRBNDYxVzhBSDZDUENXT1hZWDRSMyQlQCN0PWcu
BalasPadam