BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semakan Status & Tarikh Bayaran
Seperti mana yang diketahui umum, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).
Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei yang lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membantu golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan.
Menerusi PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:
Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.
Tarikh Pembayaran
Setakat ini, pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021.
Jumlah Pembayaran
Jumlah pembayaran yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:
Jumlah Bayaran
Kategori/Pendapatan Bulanan
RM500
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
RM300
Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000
RM100
Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah
RM100
Individu bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Permohonan Baharu
Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka bagi BPR Tambahan ini.
Ini kerana, penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 secara automatik layak menerima BPR ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima.
Bagi penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan status BPR, orang ramai diminta mengikuti langkah-langkah berikut:
Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima BPR Tambahan dengan syarat membuat rayuan.
Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021.
Jika permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan. Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Tambahan, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.
Catat Ulasan
1 Ulasan
Azmin bin Hashim
BalasPadam