YES Prihatin: Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40 - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Sabtu, 15 Mei 2021

YES Prihatin: Cara Tuntut Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk Golongan B40

 

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif Jaringan Prihatin di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 Juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet dan pembelian peranti mudah alih. Penerima BPR boleh buat pendaftaran untuk menerima bantuan Jaringan Prihatin melalui 12 syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan ini.


YES dengan kerjasama Shopee dalam program Jaringan Prihatin menawarkan telefon pintar dan data percuma kepada golongan B40. Bukan itu sahaja, penerima akan diberikan akses untuk pelbagai kandungan pendidikan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma selama setahun tanpa sebarang payaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penebusan telefon pintar dan data percuma dan data percuma YES.

TAWARAN YES PRIHATIN

YES menawarkan kemudahan berikut kepada pemohon yang layak:

Belajar Dari Rumah Keluarga

  • Telefon pintar percuma
  • Data 30GB Percuma/Bulan
  • Baucar RM50 Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah: 12 Bulan
Belajar Dari Rumah Individu
  • Telefon pintar percuma
  • Data 15GB Percuma/Bulan
  • Baucar RM50 Shopee
  • Aplikasi Pendidikan
  • Tempoh Sah: 12 Bulan

SYARAT KELAYAKAN

Promosi ini adalah hanya untuk rakyat:
  • Golongan B40
  • Isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850
Pihak YES akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diteruma oleh pihak YES untuk memastikan bahawa hanya golongan B40 sahaja yang layak menerima bantuan ini.

CARA TUNTUT FON & DATA PERCUMA

Sekiranya anda merupakan golongan B40 yang dimaksudkan, anda boleh buat tuntutan dengan langkah berikut:

1. Pergi Ke Laman : https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin

2. Klik "TUNTUT SEKARANG"


3. Isikan butiran anda di halaman Jaringan Prihatin dengan YES dan hantarkan permohonan anda.

4. Tunggu status permohonan anda. Jika anda berjaya, anda akan menerima satu fon pintar dan data percuma dari YES

AKTIFKAN SHOPEEPAY DI FON PINTAR

Untuk mendapat baucar Shopee RM50, anda harus aktifkan ShopeePay di aplikasi Shopee yang dipasang dalam fon pintar baru anda. Setiap pengguna yang berjaya mendapatkan fon pintar baru dari YES akan menerima ganjaran cashback apabila membayar dengan ShopeePay di kedai-kedai tertentu.

Pihak YES akan menghantar notifikasi di aplikasi di Shopee kepada rakyat B40 mengenai ganjaran ekslusif ini dalam masa 5 hari bekerja selepas permohonan anda diluluskan oleh pihak YES.




Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, anda boleh terus ke https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin




5 ulasan:

  1. Tiada keputusan telepon percuma

    BalasPadam
  2. Bilakah agaknya saya boleh dapatkan telepon yang saya mohon ini encik??

    BalasPadam
  3. Tiada dpt telefon percuma

    BalasPadam
  4. Say sudah daftar tepon percuma melalui mydigi.dgn free internet rm 15.apa bile saya pergi Digi center ambil telefon .Di sana to blh ambil.ia tunjuk batal.ape saya kene bust untuk dpt telefon percuma.blh Bantu saya tk

    BalasPadam