Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 : RM300 Peranti & RM180 Data



Masihkah anda ingat Program Jaringan Prihatin B40 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?

Melalui pakej ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.

Program Jaringan Prihatin

Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan RM3.5 bilion ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Kelayakan

KELAYAKAN: Untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)⠀⠀
Nilai Bantuan / Subsidi

Manfaat yang didapati oleh B40 dan penerima BPR menerusi Jaringan Prihatin ini adalah bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

Nilai manfaat berjumlah RM3.5 bilion (RM2b dari Kerajaan dan RM1.5b faedah padanan dari syarikat telekomunikasi)

Terdapat 2 kategori yang layak anak menerima bantuan berikut:
  • ADA ANAK <18 TAHUN: Bantuan RM300 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
  • TIADA ANAK: Bantuan RM180 untuk Pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun 


Tarikh Pendaftaran

Tarikh pendaftaran adalah mulai 5 Mei – 31 Julai 2021.

Cara Tebus RM180 / RM300 Program Jaringan Prihatin

  1. Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu: https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (rujuk senarai di bawah)
  3. Tentukan sama ada ingin memilih pakej berikut:
  4. Pembelian peranti baharu
  5. Pembelian pelan data internet bulanan
  6. Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan


Untuk menikmati manfaat yang dinyatakan di atas, sila daftar dengan syarikat telekomunikasi seperti di bawah:


Antara Syarikat Komunikasi Yang Mengambil Bahagian Dalam Program Jaringan Prihatin B40

Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:

1. Digi


Daftar Digi Jaringan Prihatin

2. U Mobile


Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

Catat Ulasan

1 Ulasan