Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Mei 2021 : Dibayar Awal Bulan

 

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Sinar bulan Max sudah dibuat lebih awal daripada dijangkakan, iaitu pada bulan Februari lalu. Pihak KWSP telah membuat bayaran bulan April sehingga minggu kedua April lalu. Sehingga kini, penerima sudah mendapat bayaran masing-masing seperti yang dijadualkan.

Bila pula bayaran i-Sinar bulan Mei akan dilakukan? Pasti ramai yang mengharapkan bayaran i-Sinar Mei 2021 dibuat sebelum raya kan? Untuk makluman anda, bayaran akan dibuat secara berperingkat dan anda boleh buat semakan secara online melalui i-Akaun masing-masing.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Mei 2021 dan cara buat semakan.

TARIKH BAYARAN I-SINAR MEI 2021

Pengkreditan amaun ke akaun bank masing-masing adalah seperti berikut:
  • Ahli yang menerima pada 1 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Mei 2021
  • Ahli yang menerima pada 2 April sebelum ini akan menerima bayaran pada 4 Mei 2021
Seperti yang kita semua sedia maklum, pembayran adalah secara kredit ke akaun pemohon akan dibuat SECARA BERPERINGKAT.

PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN

Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021. Permohonan baru i-Sinar KWSP TANPA SYARAT boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh hubungi talian khas di 03 8922 4848 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.

Catat Ulasan

0 Ulasan