Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP ~ RM300 Hingga RM1,000 Sebulan. Mohon Sekarang!

 

Sejumlah 21,556 keluarga fakir dan miskin di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan bulanan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sehingga Mac 2021. Menurut Timbalan  Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, sejumlah RM131.39 Juta zakat setahun diperuntukkan bagi Bantuan kewangan Bulanan kepada fakir miskin yang layak.

Sehingga kini MAIWP masih membuka permohonan Bantuan Kewangan Bulanan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah persekutuan. Skim Bantuan Kewangan MAIWP merupakan salah satu skim bantuan yang membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan kewangan bulanan MAIWP.

KADAR BANTUAN

Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah:
  • Antara RM300 hingga RM1,000 Sebulan.

OBJEKTIF KAJIAN

Skim Bantuan Kewangan Bulanan disediakan dengan matlamat untuk:
  • Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima atau dan barangan melalui pembekal.
Golongan asnaf yang layak memohon adalah terdiri daripada:
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Labuan

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan yang ditetapkan adalah:
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia 
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah

DOKUMEN SOKONGAN

Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah lengkap seperti berikut:
  • Satu keping gambar berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan).
  • Satu salinan kad pengenalan pemohon.
  • Satu salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan. sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja).
  • Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja).
  • Satu salinan surat perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas.*
  • Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.*
  • Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.*
  • Satu salinan kad memeluk islam.*
  • Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan.*
  • Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
  • Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.*
  • Satu salinan cukai pintu / bil utiliti.
  • Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini. 
  • Satu salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
  • Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menyediakan semua dokumen yang dinyatakan di atas dan dihantar bersama borang permohonan berikut:
  • Borang Permohonan Bantuan MAIWP ( DOWNLOAD. )

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Balasan
    1. Saya berharap sangat dengan bantuan ni kerna saya ada 4org anak yg masih kebil n bersekolah..saya kehilangan kerja akibat pkp ni

      Padam
    2. Kita hidup di rantauan di malaysia. Susah nak bagi fmly wang di kampung bantu lah kami..

      Padam
  2. Saya mohon bantuan untuk membantu beban keluarga kami kerana pendapatan kami kurang mencukupi kerana kami da 5org tangungan kami jga, kami mintak jasa baik hati tuan membantu permohanan agar ringan beban keluarga kami.

    BalasPadam
  3. saya mohon bantuan beban keluarga kami kerana pendapatan kami kurang mencukupi kerana kami ada 5org anak masih kecik bersekolah.. Kami mintak jasa baik tuan membantu permohonan agar ringan beban keluarga kami.. Sekian dri kami..

    BalasPadam
  4. Saya sangat terbeban dng sewa rumah bil2 dn tanggung anak2 5 orang, suami x blik2 dh hampir ,
    Mohon bantuan mna yg boleh merengan kn bebanan keluarga saya.bpn saya tidak dpt.

    BalasPadam
  5. CM mna nk memohon ni.sya tk thu nk memohon.blh tlg sya

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum yang berhormat... kenapa di Kedah Alor Setar susah sangat nak dapat bantuan dari segi apa bantuan pn..saya ank 6 orang dan ank saya yang sulong dh berkahwin dan menetap di rumah mak mertua nya.. Saya ni hidup gantung tak bertali dari tahun 2013 sampai skrg..ank² semua bawa saya yang jaga.. saya dh banyak tahun tak boleh bekerja disebabkan penyakit ulser mulut dan penyakit kulit saya ni... saya tinggal di rumah sewa... bagaimana dan cara mana boleh saya dapatkan bantuan dari segi rumah bantuan dan bantuan dari segi modal untuk saya berniaga untuk menyara kehidupan saya dan ank² saya sekarang ni... harap tuan puan dapat membantu saya dan anak-anak saya sekian..

    BalasPadam
  7. Sye nk mohon bantuan kewangan,kerana saye baru bebas penjara.jadi sye mengharap kn bantuan Dari kerajaan Malaysia..sekian

    BalasPadam
  8. Saya sanga minta bantuan harap dapat membantu

    BalasPadam
  9. Saya tak mampu beli laptop untuk anak saya minta tolong memberi bantuan dapat laptop untuk anak saya

    BalasPadam
  10. Saya x mampu beli laptop untuk ank saya minta tolong memberi bantuan dapat loptop untuk ank saya

    BalasPadam
  11. Saya nk mohon bantuan kewangan kerana saya tiada pekerjaan utk kehidupan seharian..dengan sakit yg saya alami(asma)membuatkn saya tidak boleh bekerja..harap dpt membantu..

    BalasPadam
  12. Assalammmualaikum,saua Yang bernama rozi nak memohon bantuan kewangan sebabnya rozi dah diberhentikan kerja pads bulan 3 mac,2021 and sehingga skrg masih belum berkerja and rozi menanggung 2 anak masih bersekolah rumah Kereta Dan lain2,rozi menaruh harapan semoga diberikan bantuan kewangan Dari pihak tuan

    BalasPadam