Mungkin Ramai Yang Tertanya-Tanya Bagaimana Hendak Memohon Bantuan JKM Kan? Jom Semak Cara-Caranya!

 

Bantuan Yang Disediakan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  1. Bantuan Kanak-Kanak : RM150 - RM1,000
  2. Elaun Pekerja Cacat - RM450
  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) - RM500
  4. Bantuan Orang Tua - RM500
  5. Bantuan Anak Pelihara - RM250 - RM500
  6. Bantuan Am Persekutuan - RM100 - RM350
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja - RM300
  8. Bantuan Latihan Perantis - RM200

CARA MEMOHON

Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki teru s ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.


Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:
  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada)
  • lain-lain dokumen yang berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:



1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) > Download
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 > Download

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sy dapat bantuan dari pada jkm sebanyak rm300 setiap bulan.. Boleh ke sy memohon bantuan am persekutuan.?

    BalasPadam
  2. Saya tak dapat prihatin B40 saya ketinggalan suami encik

    BalasPadam
  3. Tlg encik saya jaga 4 org anak saya
    Suami tinggal kan saya mcm itu sja
    Kita berdua tak daftar kahwin encik

    BalasPadam