Tarikh Bayaran BPR Bagi Fasa 2 & Jumlah Baki Mengikut Kategori



Kemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori

Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

Apakah BPR?

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.

BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bayaran BPR dibuat dalam beberapa fasa dan Fasa 1 telah diagihkan bermula 24 Februari lalu.

Bilakah Bayaran BPR Fasa 2 Akan Dibuat?

Menurut kenyataan oleh LHDN / Kementerian Kewangan yang terkini, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua dijangka akan dibuat mulai awal bulan Mei 2021 ini.
Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 2

Baki bayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Kedua ini berbeza mengikut Kategori Bujang, Isi Rumah, dan juga bergantung kepada bilangan anak setiap keluarga,

Jumlah bayaran yang akan diterima boleh dirujuk melalui jadual di bawah ini.



NOTA

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:
  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150


Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama tempoh hari, anda boleh membuat panggilan terus ke LHDN atau membuat semakan status secara online mengikut langkah di bawah.

Semakan Status Permohonan BPR Fasa 2

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:
  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Catat Ulasan

2 Ulasan