ISU SEMASA
BPR Fasa 2: Tarikh Dan Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 2?
Tinggal beberapa hari sebelum memasuki bulan Mei 2021.Ramai tertanya-tanya bilakah Bantuan Prihatin Nasional (fasa kedua) akan disalurkan kepada rakyat.
Untuk makluman, bayaran fasa pertama telah pun dibuat 24 Februari lepas.

Kini rakyat menantikan bayaran seterusnya melalui BPR Fasa 2.
Jika diikutkan pelan asal, bayaran fasa pertama akan dibuat sama ada bulan April / Mei manakala bayaran fasa kedua pada September / Oktober 2021.
Namun kerajaan telah mempercepatkan bayaran fasa pertama tempoh hari pada bulan Februari.
Tentang BPR
BPR atau Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat mengikut kategori B40 atau M40.Bantuan ini bagi menggantikan BSH sebelum ini.
Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti berikut:

Tarikh Bayaran BPR Fasa 2
Mengikut kenyataan terkini dari sumber portal BPR, bayaran fasa kedua akan mula diagihkan awal bulan Mei.Tarikh rasmi akan dikemaskini sebaik diumumkan secara rasmi oleh LHDNM / Kementerian Kewangan.
Jumlah baki bayaran yang akan diterima fasa 2 seperti berikut

Semakan Status Permohonan
Proses permohonan baru / kemaskini BPR telah ditutup 15 Februari lepas.
Bagi anda yang layak fasa pertama, anda secara automatik layak menerima BPR fasa 2.
Sekiranya anda ingin menyemak juga status permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
Tekan butang ‘Semak Status’
Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh pembayaran BPR Fasa 2?
Dijangka awal bulan Mei. Tarikh akan dikemaskini sebaik diumumkan secara rasmi.Berapakah amaun bantuan yang akan dibayar?
Sila rujuk semula jadual pembayaran seperti di bawah:

Catat Ulasan
1 Ulasan
Saya nak laktop percuma
BalasPadam