ISU SEMASA
Bonus Kepada Penjawat Awam Sebanyak RM500 (Bantuan Khas Aidilfitri)

Bonus Kepada Penjawat Awam Sebanyak RM500 (Bantuan Khas Aidilfitri)
Berita baik buat semua penjawat awam.
Mulai 6 Mei ini kerajaan akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebagai bonus raya penjawat awam sebanyak RM500.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Mulai 6 Mei ini kerajaan akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebagai bonus raya penjawat awam sebanyak RM500.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Bonus Raya Penjawat Awam 2021
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.Menurut kenyataan itu, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.
“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun sebelum ini atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini memohon pertimbangan kerajaan agar dapat memberikan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan di seluruh negara.
Presidennya, Adnan Mat berkata, secara tradisinya kerajaan pada setiap tahun akan memberikan sejumlah bantuan khusus untuk penjawat awam dan pesara kerajaan bagi membeli barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bantuan Khas Aidilfitri RM500
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri.
Catat Ulasan
0 Ulasan