ISU SEMASA
PEMERKASA: Bantuan Telefon Pintar RM300 Bagi Golongan B40
Jika sebelum ini jumlah subsidi bagi bantuan telefon pintar adalah sebanyak RM180, ada berita baik untuk anda yang jumlah tersebut akan dinaikkan kepada RM300.
Berikut dikongsikan tentang maklumat terperinci tentang bantuan ini kepada anda
KELAYAKAN UNTUK MEMOHON SUBSIDI TELEFON PINTAR RM300
Bantuan ini adalah kepada semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan bertujuan sebagai menaik taraf jurang digital bagi golongan B40 dan menaikkan agenda pendigitalan di negara ini.Selain itu, bantuan ini juga bertujuan sebagai perbelanjaan langganan internet atau menampung separuh pembelian telefon pintar atau peranti yang baharu.
Subsidi ini juga bertujuan untuk isi rumah daripada golongan B40 yang mempunyai anak yang masih bersekolah yang mana di masa kini pembelajaran dari rumah dengan menggunakan alat digital amat penting.
PERUNTUKAN SUBSIDI TELEFON PINTAR RM300

Peruntukan bagi subsidi ini adalah sebanyak RM2 billion dan akan dilancarkan bermula pada awal bulan Mei 2021.
Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeruh kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar dapat menawarkan pakej internet mampu milik dan meneruskan kuota tambahan.
BILAKAH TARIKH BANTUAN INI AKAN DILACARKAN?
Untuk masa sekarang, bantuan ini akan dilaksanakan bermula pada awal bulan Mei 2021BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
Bagi membuat permohonan, setakat ini belum ada pengunguman rasmi tentang cara untuk memohon subsidi ini. Oleh itu, anda diminta untuk mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa tentang cara membuat permohonan bagi subsidi telefon pintar RM300 ini.Diharapkan dengan informasi ini dapat memberikan manfaat kepada setiap pembaca. Terima kasih!
Catat Ulasan
3 Ulasan
ok
BalasPadamdekat mana yang kite boleh terbos? asal cek je x boleh, kene kluar balk
BalasPadamNk tebus kena bayar ni bukan free... Apalh byk kedai amik kesenpatan
BalasPadam