ISU SEMASA
PEMERKASA 2021: Bantuan 'One-Off' Sehingga RM1,000 Untuk Golongan Yang Terjejas B40
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 dan ke bawah, mereka akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500.
Menurutnya, kedua-dua kategori itu melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Perkeso.
Dibayar Bermula Jun 2021 Ke Akaun Penerima
“Insya-ALLAH, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.Peruntukan Sebanyak RM 1.2 Bilion
Tambah beliau, bantuan kehilangan pekerjaan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima.Kerajaan pada Rabu mengumumkan Pemerkasa dengan lima fokus utama melibatkan 20 inisiatif bagi pemulihan serta pemerkasaan negara sepanjang tahun ini.
Lima fokus utama itu adalah mengawal penularan Covid-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.
Sumber : Mingguan Kerja
Catat Ulasan
10 Ulasan
Nak daftar
BalasPadamIngin memohon bantuan one off
PadamKenapa i sinar sy dpt sekali je
BalasPadamKehilangan pendapatan sejak pademik covid 19.. 31.10,2020..
BalasPadamSy xkerja..cuma cari ikan sungai buat pekasam jual ketupat nasi dpt zakat rm250 tiap bulan anak 6org 3masih sekolah...cuba juga nak tmbah pendapatan borong sabun cecair botol kan atas jenama sendiri..kalau tambahan bantuan boleh lah tambah lagi pendapatan yg xmenentu...
BalasPadamSaya selepas Giant tutup operasinya
BalasPadamPerniagaan bermula covid 19 hingga kini belum ada pekerjaan atas sebab
Bermula 2021 minimum ke bawah setiap jawatan kerja mau ada SPM
So saya cuma ada srp saja
Sekarang awak cari kerja di Tf Value-Mart srp pun boleh janji mahu kerja je
PadamTerbaik
BalasPadamBantuan Covid19 Sabah dari hujung bulan 12 tahun lalu,sehingga kini tiada perkembangan.malah d kemas kini buat permohonan baru pula.sebelumnya pkp tidak melebihi 10km,bagaimana hendak berurusan ke bank buat tuntutan,langsung tiada peluang.Baru sampai d BSN,pegawai cakap bantuan anda telah expired?adakah bantuan expired?kalau pemohon dah meninggal dunia bolehlah kata expiredkan,ini aku masih hiduplah,masih memerlukan bantuan.tolonglah pihak yang bertanggungjawab pantaulah kami yang amat memerlukan bantuan.mana boleh ada date exipred kalau bantuankan.sungguh tidak adil atau ada yang berlaku dalam pejabat Pembangunan Luar Bandar,berpuluh kali aku buat panggilan tidak d jawab ok,apa benda berlaku d sana kita tidak tahu.tolonglah orang susah di sini terima kasih..mohon maklum balas.
BalasPadamAku pun kja jauh tinggal hujung dunia..nak pergi bank kna lalui bnyk area..kna tahan lagi olh pihak yg berkenaan,plu giliran, plu d kemaskini lagi.pergi lhdn lagi..dah sampai d lhdn..dia orng cakap..kalau bantuan x lulus sila dtng lgi..hmmm
Padam