PEMERKASA 2021: Bantuan 'One-Off' Sehingga RM1,000 Untuk Golongan Yang Terjejas B40 - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Rabu, 17 Mac 2021

PEMERKASA 2021: Bantuan 'One-Off' Sehingga RM1,000 Untuk Golongan Yang Terjejas B40


SHAH ALAM - Golongan B40 yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 akan menerima bantuan tunai secara 'one-off' sebanyak RM500 di bawah inisiatif ke-15 Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 dan ke bawah, mereka akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500.
Menurutnya, kedua-dua kategori itu melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Perkeso.

Dibayar Bermula Jun 2021 Ke Akaun Penerima

“Insya-ALLAH, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya dalam siaran langsung pengumuman khas Pemerkasa pada Rabu.

Peruntukan Sebanyak RM 1.2 Bilion

Tambah beliau, bantuan kehilangan pekerjaan itu membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima.

Kerajaan pada Rabu mengumumkan Pemerkasa dengan lima fokus utama melibatkan 20 inisiatif bagi pemulihan serta pemerkasaan negara sepanjang tahun ini.

Lima fokus utama itu adalah mengawal penularan Covid-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.


Sumber : Mingguan Kerja



10 ulasan:

  1. Kenapa i sinar sy dpt sekali je

    BalasPadam
  2. Kehilangan pendapatan sejak pademik covid 19.. 31.10,2020..

    BalasPadam
  3. Sy xkerja..cuma cari ikan sungai buat pekasam jual ketupat nasi dpt zakat rm250 tiap bulan anak 6org 3masih sekolah...cuba juga nak tmbah pendapatan borong sabun cecair botol kan atas jenama sendiri..kalau tambahan bantuan boleh lah tambah lagi pendapatan yg xmenentu...

    BalasPadam
  4. Saya selepas Giant tutup operasinya
    Perniagaan bermula covid 19 hingga kini belum ada pekerjaan atas sebab
    Bermula 2021 minimum ke bawah setiap jawatan kerja mau ada SPM
    So saya cuma ada srp saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang awak cari kerja di Tf Value-Mart srp pun boleh janji mahu kerja je

      Padam
  5. Bantuan Covid19 Sabah dari hujung bulan 12 tahun lalu,sehingga kini tiada perkembangan.malah d kemas kini buat permohonan baru pula.sebelumnya pkp tidak melebihi 10km,bagaimana hendak berurusan ke bank buat tuntutan,langsung tiada peluang.Baru sampai d BSN,pegawai cakap bantuan anda telah expired?adakah bantuan expired?kalau pemohon dah meninggal dunia bolehlah kata expiredkan,ini aku masih hiduplah,masih memerlukan bantuan.tolonglah pihak yang bertanggungjawab pantaulah kami yang amat memerlukan bantuan.mana boleh ada date exipred kalau bantuankan.sungguh tidak adil atau ada yang berlaku dalam pejabat Pembangunan Luar Bandar,berpuluh kali aku buat panggilan tidak d jawab ok,apa benda berlaku d sana kita tidak tahu.tolonglah orang susah di sini terima kasih..mohon maklum balas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku pun kja jauh tinggal hujung dunia..nak pergi bank kna lalui bnyk area..kna tahan lagi olh pihak yg berkenaan,plu giliran, plu d kemaskini lagi.pergi lhdn lagi..dah sampai d lhdn..dia orng cakap..kalau bantuan x lulus sila dtng lgi..hmmm

      Padam