ISU SEMASA
Semakan Status i-Sinar Kategori 2 Dibuka Hari Ini ~ 8 Februari 2021 - Semak Sekarang!
Semalam, KWSP memaklumkan terdapat beberapa kesalahan teknikal berhubung dengan paparan status i-Sinar.
Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan pemohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.
Semakan kategori 2 boleh dibuat semula bermula jam 8 pagi pada 8 Februari.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan status iSinar KWSP secara online melalui i-Akaun atau melalui laman web isinar.kwsp.gov.my.
Cara Semakan iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my
Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:- Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021.

Cara Check Status i-Sinar Melalui i-Akaun KWSP
Untuk membuat semakan i-Sinar melalui i-Akaun KWSP, anda boleh melakukan langkah berikut:- Sila layari laman web rasmi KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
- Klik pada peti mesej atau inbox
- Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
Tarikh Pembayaran i-Sinar Kategori 1
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula 11 Januari 2021.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
- Anda boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun atau cawangan atau kios KWSP yang terdekat.
PERMOHONAN i-SINAR KATEGORI 2
i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.Jika anda TIDAK LULUS Kategori 1, anda boleh membuat permohonan untuk Kategori 2 yang akan dibuka bermula 11 Januari 2021.
Syarat Kelayakan Bagi Permohonan i-Sinar Kategori 2 adalah seperti berikut
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Maklumat Lanjut Tentang Semakan iSinar Kategori 1
Untuk makluman, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Untuk sebarang pertanyaan tentang semakan iSinar, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Talian ini beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) dan dibuka dari 8.00 pagi sehingga 8.00 malam bermula 21 Disember 2020.
Catat Ulasan
5 Ulasan
Susah betul nak dapat lulus isinar ni.klau kerajaan nak bagi bantuan sebab covid19 ni apalagi mau minta dokumen itu ini dgn ahli kwsp sedang kan duit yg di mohon ni pun ahli kwsp punya susah betul lh dpt kelulusan๐
BalasPadamSya apply kwsp ni pun utk belanjawan keluarga lagipun suami lama sdah tak bekerja.susah dapat kelulusan dari pihak atasan ni sya pun tak tau nak buat apa.harap pihak atasan dpt mempertimbangkan permohonan sya lah.harapkan gaji sya pun bukan nya banyak cukup utk kais pagi mkn pagi kais petang mkn petang..๐๐
BalasPadamSemakkan sy sdh diluluskn..tp smpai skrg blom dpt2...hmm dh la sy dgn suami krja menoreh gtah sj..klu cuaca asyik hujan sj...xboleh nk menoreh...lg laa ssh...tlg laa org atsan luluskn prmintaan kmi..๐๐ป
BalasPadamAlhamdulillah syukur saya telah semak dan telah diluluskan, harapan semoga dipermudahkan segala urusan2 hari ini dan seterusnya...
BalasPadamุฃู ูู ๐คฒ๐ผ
Saya nk tahu pejabt kwsp termeloh buka ari atau tutup
BalasPadam