RASMI: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat & Semakan Status Bayaran Mulai 8 Mac 2021
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa pandemik COVID-19.
Walaubagaimanapun KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan individu yang belum buat permohonan i-Sinar masih boleh mohon sehingga 30 Jun 2021.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut pemansuhan syarat i-Sinar.
TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT i-SINAR
Pemansuhan syarat i-Sinar diperkenalkan adalah bagi:
- Memberi kemudahan pengeluaran
- Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada.
- Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik mulai 8 Mac 2021.
JUMLAH PENGELUARAN KEKAL
- Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
- Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempih maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.
PERMOHONAN i-SINAR TANPA SYARAT
Terkini, KWSP telah memaklumkan permohonan tanpa syarat adalah bermula 8 Mac 2021 ini. KWSP menasihatkan ahli yang belum pernah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar sebelum ini dan berhasrat untuk memohon pada tempoh peralihan untuk menangguhkan permohonan mereka sehingga i-Sinar yang telah dikemaskini pada 8 Mac.
SEMAKAN STATUS BAYARAN & KELULUSAN
Bagi ahli yang telah membuat permohonan sebelum ini dan permohonan masih dalam proses, anda boleh buat semakan status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Jangan risau, semua permohonan akan diluluskan. Ahli yang perlu semak tarikh bayaran sahaja.

CONTOH SITUASI

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 8922 4848. Untuk pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000 atau melayari laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my
Catat Ulasan
0 Ulasan