Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat - Pemohon Sedia Ada Akan Diluluskan Secara Automatik - Mingguan Jawatan

Breaking

Rabu, 17 Februari 2021

Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat - Pemohon Sedia Ada Akan Diluluskan Secara Automatik

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam. Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa pandemik COVID-19.

Walaubagaimanapun, KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama 6 bulan adalah kekal dan individu yang belum buat permohonan i-Sinar masih boleh sehingga 30 Jun 2021.

Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut pemansuhan syarat i-Sinar.

TUJUAN PEMANSUHAN SYARAT i-SINAR

Pemansuhan syarat i-Sinar diperkenalkan adalah bagi:
  • Memberi kemudahan pengeluaran
  • Membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 tertakluk kepada baki sedia ada.
  • Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi (akan dimaklumkan)

 JUMLAH PENGELUARAN KEKAL

KWSP telah memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum adalah kekal seperti berikutL
  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka akan membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akaun dibuat berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

MAKLUMAN PEMANSUHAN SYARAT i-SINAR

Berikutan perubahan yang telah dilakukan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukup untuk melaksanakan pembaharuan ini. Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP, dan kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.

Ahli juga dinasihatkan agar merujuk maklumat sahih daripada KWSP melalui saluran-saluran komunikasi rasminya dan sentiasa berwaspada dengan maklumat yang tidak sahih dan bertujuan untuk menipu atau mengelirukan ahli.

Klik Untuk Tatacara Memohon i-Sinar : MOHON i-SINAR

5 ulasan:

  1. Kalau yang salah amaun boleh tak buat permohonan baru

    BalasPadam
  2. Bagaimana dengan cadangan pembayaran bulanan Di naik Kan dari RM1000 ke RM2000 seperti mana Yang dicadangkan ?

    BalasPadam
  3. Sebelum 15januari bila masuk Acc FEBUARI ni.

    BalasPadam
  4. Mohon jwpn kwsp.15/1 januari Acc 12/1 januari hari tu.FEBUARI NI BILA MASUK (ACC)

    BalasPadam
  5. Knapa sy tidak layak...bulan 10,11,dgn bulan 1 sy terima duit...UTK bulan 12 sy tak de terima,,tapi iakaun baki dah tolak...sekarang UTK bulan 2 daya tidak layak..knpa?

    BalasPadam