i-Lestari KWSP : Permohonan Baru Pengeluaran RM500 Sebulan Dibuka Sehingga 31 Mac 2021


Tak lulus permohonan i-Sinar bagi kategori 1 dan 2? Seperti yang kita sudah sedia maklum, Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Namun bagi Ahli yang masih belum membuat pengeluaran dan berhasrat untuk buat pengeluaran i-Lestari, anda boleh lakukan sekarang dengan mudah.

Jika anda berhasrat untuk hentikan pengeluaran bulanan i-Lestari pun boleh. Semuanya boleh dilakukan secara online sahaja dengan mudah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk makulmat lanjut mengenai permohonan baru dan pembatalan pengeluaran i-Lestari.

MAKLUMAT PENGELUARAN i-LESTARI KWSP

  • Tarikh Pengeluaran: Sehingga 31 Mac 2021
  • Jumlah Pengeluaran: RM50 sehingga RM500

CARA MEMBUAT PERMOHONAN BARU i-LESTARI

Bagi pemohon yang pernah membatalkan pengeluaran i-Lestari dan ingin membuat permohonan semula ataupun Ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran i-Lestari, tetapi ingin buat sekarang, anda boleh ikut panduan di bawah:
  1. Layari laman web ilestari.kwsp
  2. Klik PERMOHONAN BAHARU
  3. Isikan Maklumat Permohonan dengan lengkap




  4. Klik HANTAR


Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat & muktamad untuk diproses oleh KWSP. Maklumat tidak dapat ditukar selepas permohonan dihantar. Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA (2) hari selepas permohonan dibuat.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Semakan status permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
  1. Layari laman Semakan Status i-Lestari.
  2. Masukkan Nombor MyKad dan Nombor Telefon
  3. Klik SEMAK


Selamat Mencuba!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Duit interim sy xdpt2..bla check semakkan status..permohonan anda sdah diluluskn

    BalasPadam
  2. Sya xda penyata gaji dan surat yg diperlukan..bekas majikan enggan memberi kerjasama.. Bagaimana sya nak update i sinar???

    BalasPadam
  3. Sya bisu rasa masalah x kerja dtg x jual orang ramai kosong hotel

    BalasPadam