ISU SEMASA
KWSP i-SINAR : Pengeluaran Tanpa Syarat Bakal Diumumkan Minggu Hadapan
Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.
"MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.
"Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM55 bilion jika i-Sinar bersyarat," kata sumber itu lagi.
KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.
Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.
Catat Ulasan
0 Ulasan