Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 - Mingguan Jawatan

Breaking

Daftar Email Untuk Dapatkan Kemaskini Terkini

Isnin, 1 Februari 2021

Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000





Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

Namun penambahan kes penularan wabak COVID-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai peniaga yang terjejas.

Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Bantuan Permai telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara.

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN)

Pasti semua peniaga dan PKS sudah tidak sabar untuk tahu tarikh bayaran GKP Tambahan RM1,000 kan? Sebelum tahu tarikh bayaran GKP Tambahan, ketahui serba sedikit mengenai GKP Tambahan.

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disedikan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) di seluruh negara.

SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

Siapa yang akan terima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan? GKP Tambahan akan diberikan kepada:
  • Penerima yang lulus GKP 1.0
  • Penerima yang lulus GKP 2.0
  • Pemohon rayuan GKP yang lulus
Jika anda buat semakan dan lulus, anda layak terima GKP Tambahan tanpa perrlu membuat sebarang permohonan buat masa ini.

JUMLAH BANTUAN GKP TAMBAHAN

Jumlah bantuan GKP Tambahan diberikan secara one-off seperti berikut:
  • PKS mikro bagi negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - RM1,000
  • PKS mikro bagi lain-lain negeri - RM500
Semak tarikh bayaran GKP Tambahan yang dikongsikan di bawah.

TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman semua, tarikh bayaran GKP Tambahan seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN adalah seperti berikut
  • Tarikh Bayaran GKP Tambahan : Mac 2021
Dah tahu tarikh bayaran GKP Tambahan, pastikan anda tahu juga kaedah bayaran GKP Tambahan yang akan dilaksanakan.

KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Kaedah pembayaran GKP Tambahan adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu:
  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Buat masa ini, tiada sebarang permohonan dibuka buat GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat kelayakan adalah automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang dinyatakan di atas.

5 ulasan:

  1. Bilakah tarikh utk kemaskini maklumat bank GKP tambahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yg buat rayuan amat memerlukan dan memang layak..tapi tak dapat .sedangkn orang mmpu berniaga dengan lancar terus dapat

      Padam
  2. Sedih dgn keputusan yg diterima gagal tuk dpt gkp rm3000..yg sepatutnya mmg patut dpt sbb mmg dah berniaga sejak 8 tahun dahulu..tp yg x pernah berniaga lgsg..cuma ada buat ssm simpan dlm fail..SELAYAKNYA terima gkp rm3000 dan tambahan rm1000..Saya sgt2 kecewa..dah bg alasan.. Bukti ssm mmg pernah berdaftar cuma x renew.. Terang2 kata gagal..yg disipulan lg sorang.. X renew x pernah niaga cuma ada ssm terus dpt duit gkp..SESAL TARUH HARAPAN PADA BANTUAN GKP..😒😒😒

    BalasPadam
  3. Rayuan sy juga gagal..SSM daftar sejak 2016..based on kod penolakan sb ssm..bila dh buat rayuan dn lampirkan pn tetap gagal..

    BalasPadam