PKP : SABAH AGIH BANTUAN BERNILAI RM128 JUTA KHAS KEPADA RAKYAT SABAH


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM128.98 juta untuk diagih menerusi Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada rakyat Sabah yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata sejumlah RM97.4 juta diperuntukkan sebagai bantuan sekali terima bernilai RM300 seorang untuk 324,661 orang.

"Ini membabitkan golongan e-Kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.

"Selain itu, peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM31.58 juta diagih bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan susulan arahan kuarantin di rumah dan lokaliti yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri meluluskan RM160 juta Bantuan Prihatin COVID-19 bagi membantu meringankan beban semua lapisan rakyat yang terkesan dengan pandemik terbabit.

Sumber : Berita Harian

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hi Abang/Kakak,

    I am Lesia from MGID, a global native ad network.

    I would like to offer you to place our ads on Mingguanjawatan and reach your company's monetization goal via:
    the highest rates, namely up to $0.5 eCPM;
    compatibility with Google AdSense;
    a bunch of ad solutions, such as native ads, banners, AMP, etc.;
    flexible payment terms;
    24/7 support from a personal account manager.
    MGID is highly interested in cooperating with Mingguanjawatan. Our APAC team has started launching the Malay market and we already have determined plans to expand there. Thus, we would be glad to have such a unique content-maker as your website and can guarantee you’ll get the most beneficial terms for a great start.

    Would you like to continue in WhatsApp for easier communication or e-mailing is more comfortable for you?

    BalasPadam