Awas! Waspada Dengan Emel Palsu Berkenaan Dengan Bayaran Lebihan Cukai i-Sinar
Kepada semua pencarum KWSP, tolong ambil perhatian!
Semenjak dua menjak ini, pengeluaran simpanan Akaun 1 i-Sinar KWSP kini makin mendapat perhatian ramai. Oleh itu, anda mestilah sentiasa berwaspada dengan "scammer-scammer" yang kini sedang giat menjalankan aktiviti mereka.
Kegiatan penipuan online ataupun lebih dipanggil "scammer" sentiasa mencari jalan untuk merompak atau mencuri wang anda dengan pelbagai cara secara atas talian. Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah bijak dalam berurusan untuk mengelakkan daripada tertipu oleh ahli sindiket ini.
WASPADA EMAIL PALSU BAYARAN LEBIHAN CUKAI
Penipuan ini telah tular kepada beberapa pengguna yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Sinar. Email PALSU yang dihantar kepada ahli adalah:
- Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran i-Sinar (EMEL PALSU)
- Semua pengeluaran simpanan KWSP TIDAK KENAKAN CUKAI
Catat Ulasan
0 Ulasan