Kenyataan Media Rasmi YB Tengku Zafrul - Semak Pembayaran Tarikh Rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) Sekarang!

 

Berikut merupakan tarikh rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Zafrul di Media Rasmi tadi. 

SEMAKAN KELULUSAN BPN 2.0

Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

KATEGORI PEMBAYARAN

1. Golongan B40
  • Tarikh Pembayaran : 21 Januari 2021
  • Cara Pembayaran : Terus dikreditkan ke dalam akaun bank 
2. Gologan M40
  • Tarikh Pembayaran : 25 Januari 2021
  • Cara Pembayaran : Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
3. Golongan Penerima Tanpa Akaun Bank
  • Tarikh Pembayaran : 25 Januari 2021
  • Cara Pembayaran : Di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
4. Golongan Penerima Di Sabah Dan Sarawak Tanpa Akaun Bank
  • Tarikh Pembayaran : Mulai awal Februari sehingga 1 April 2021
  • Cara Pembayaran : Lokasi-lokasi bakal diumumkan pada akhir bulan Januari

Pecahan Bayaran BPN 2.0


Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima (5.82 juta individu bujang, dan 5.24 juta penerima isi rumah) dengan jumlah bayaran / peruntukan sebanyak RM7.18 billion setakat ini.

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Mengenai Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 merupakan sebahagian daripada Kerangka Inisiatif Tambahan, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bernilai RM10 Billion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020 yang lalu. Jumlah bayaran BPN 2.0 akan disalurkan kepada penerima BPN yang layak mengikuti jadual berikut -

Catat Ulasan

0 Ulasan