i-Sinar : KWSP Semak Status Pembayaran Pengeluaran Wang Bagi Kategori 1



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Terkini, semakan status pengeluaran i-Sinar boleh dibuat di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my bermula 4 Januari 2021.

Pembayaran dijangka dibuat pertengahan bulan ini.

Bagi permohonan yang tidak lulus kategori 1, anda boleh membuat permohonan kategori 2 bermula 11 Januari nanti.

KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.

Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.

Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.

Semakan Status Pengeluaran

  • Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
  • Layari portal web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  • Sila cari butang SEMAK STATUS
  • Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021 iaitu hari ini.
Untuk makluman, dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November yang lalu, beliau menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberikan manfaat kira-kira 600,000 orang ahli sahaja.

Dengan pengumuman terbaharu daripada KWSP ini, lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dan permohonan tersebut akan dibuka mulai Disember 2020.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.

INFOGRAFIK i-SINAR

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Blh saya daftar pengeluaran akaun 1 saya hari ini..dan saya mahu update no hp dikwsp ..boleh ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bleh tak klau sye nk wt tpi sye xda akaun bank mcm mne bleh tak wt

      Padam
  2. Saya blm daftar pengeluaran akaun 1 blh daftar hari ini ke dan update no fon

    BalasPadam