ISU SEMASA
i-Sinar : KWSP Semak Status Pembayaran Pengeluaran Wang Bagi Kategori 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan maklumat lanjut terkini mengenai kemudahan i-Sinar iaitu pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Terkini, semakan status pengeluaran i-Sinar boleh dibuat di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my bermula 4 Januari 2021.
Pembayaran dijangka dibuat pertengahan bulan ini.
Bagi permohonan yang tidak lulus kategori 1, anda boleh membuat permohonan kategori 2 bermula 11 Januari nanti.
KWSP dalam kenyataan terbaharunya bersetuju untuk meluaskan skop i-Sinar yang akan memberikan manfaat sekitar 8 juta ahli yang terjejas.
Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.
Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.
Semakan Status Pengeluaran
- Untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar, sila ikuti langkah di bawah:
- Layari portal web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Sila cari butang SEMAK STATUS
- Untuk makluman, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021 iaitu hari ini.
Dengan pengumuman terbaharu daripada KWSP ini, lebih ramai pencarum layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dan permohonan tersebut akan dibuka mulai Disember 2020.
Catat Ulasan
3 Ulasan
Blh saya daftar pengeluaran akaun 1 saya hari ini..dan saya mahu update no hp dikwsp ..boleh ke
BalasPadamBleh tak klau sye nk wt tpi sye xda akaun bank mcm mne bleh tak wt
PadamSaya blm daftar pengeluaran akaun 1 blh daftar hari ini ke dan update no fon
BalasPadam