Program Subsidi Upah (PSU) 3.0

PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0 PERKESO PAKEJ PERMAI

Kepada majikan yang mahu memohon Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 yang terdiri daripada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), permohonan Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 sudah dibuka.

Untuk pengetahuan semua, Program Subsidi Upah, yang mana diuruskan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah salah satu inisiatif bantuan kewangan yang akan dibayar kepada majikan bagi setiap perusahaan bagi pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Objektif bagi pelaksanaan PSU ini adalah bertujuan untuk membantu majikan yang telah terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik COVID-19. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk membantu para majikan dengan membuat Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 ini agar para majikan dapat meneruskan operasi dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan.

Pada pandemik Fasa 1 COVID diawal bulan Mac, kerajaan telah melaksanakan PSU 1.0 di dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin RAKYAT iaitu PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Manakala, Program Subsidi Upah 2.0 pulah telah dilaksanakan melalui pakej KITA PRIHATIN.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 3.0

Pelaksanaan Program Subsidi Upah 3.0 telahpun diumumkan melalui di Sidang Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa akan ada penambahbaikan PSU 3.0 PERMAI untuk lebih membantu majikan yang amat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP mulai 19 Januari 2021.

PSU 3.0 yang pertama diumumkan di Belanjawan 2021, sektor pengkhususan yang terlibat dalam program ini hanya terdiri daripada dua sektor sahaja iaitu sektor pelancongan dan sektor peruncintan sahaja.

Namun, Program Subsidi Upah 3.0 PERMAI ini pula lebih menyeluruh kepada semua sektor ekonomi yang terkesan dengan pelaksanaan PKP.

TEMPOH PELAKSAAN PSU 3.0

Tempoh pelaksanaan Program Subsidi Upah 3.0 ini adalah berjalan selama 1 bulan sahaja bagi majikan yang layak dan berkuatkuasa mulai 19 Januari 2021.

Untuk tarikh akhir bagi permohonan Program Subsidi Upah 3.0 PERMAI pula adalah pada 30 Jun 2021.

BILANGAN & SAIZ PEKERJA YANG BOLEH DITUNTUT

Bilangan pekerja dan saiz perusahaan yang boleh dituntut melalui PSU 3.0 PERMAI adalah seperti berikut:


JUMLAH PEMBAYARAN

Jumlah pembayaran bagi PSU 3.0 PERMAI adalah sebanyak RM600 bagi seorang pekerja.

Jumlah ini adalah bersamaan dengan PSU 3.0 yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak PERKESO adalah seperti berikut:

  1. Majikan dan pekerja mestilah mendaftar dan mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  2. Majika tersebut mestilah telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Januari 2021.
  3. Pendapatan perniagaan mestilah menurun sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019 sebelum pelaksanaan PKP.
  4. Tuntutan mestilah bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah sahaja.
  5. Majikan perlu mengekalkan pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dibenarkan mengurangkan waktu bekerja atau pengurangan gaji selepas berunding dengan pekerja terbabit.
  6. Permohonan bagi PSU 3.0 PERMAI hanya layak untuk perniagaan di negeri yang dilaksanakan PKP sahaja.

SENARAI YANG TIDAK LAYAK MEMOHON PSU 3.0 PERMAI

Terdapat beberapa senarai majikan dan pekerja yang tidak layak sama sekali untuk memohon PSU 3.0 PERMAI iaitu:
  • Majikan dan pekerja yang belum berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
  • Majikan atau perusahaan yang mendaftar SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021.
  • Majikan yang tidak berdaftar bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  • Majikan yang bukan beroperasi dalam negeri PKP.
  • Pekerja yang bergaji bulanan melebihi RM4,000.
  • Pekerja yang telah diberhentikan kerja.
  • Pekerja yang telah digajikan di bawah program Penjana Kerjaya (Hiring Incentive).
  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan).
  • Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate).
  • Majikan yang menarik diri dari permohonan PSU 3.0 selepas permohonan diluluskan oleh PERKESO.

Cara Untuk Membuat Permohonan

Majikan yang ingin memohon PSU 3.0 PERMAI boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
  • Layari laman web https://prihatin.perkeso.gov.my/.
  • Klik ‘Permohonan & Semakan’ di bahagian PSU.
  • Klik butang ‘Permohonan Baru 3.0’
  • Pilih negeri perniagaan beroperasi dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap
  • Muat naik dokumen sokongan
  • Setelah siap, klik butang ‘Hantar.’

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di dalam borang permohonan adalah seperti berikut:
  • Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan).
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja).
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank (Rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan).
  • Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan.
  • Akuan Pengisytiharan PSU 3.0.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan maklumat Business Registration Number (BRN)?

BRN adalah maklumat nombor pendaftaran perniagaan majikan yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun semasa syarikat di bank.

Apakah maksud borang Akuan Pengisytiharan PSU3.0?

Akuan Pengisytiharan PSU3.0 adalah suatu dokumen pengesahan dan aku janji secara bertulis yang menyatakan bahawa majikan mengesah atau mengisytiharkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya adalah benar dan betul bagi tujuan permohonan PSU 3.0.

Apakah maksud/tafsiran gaji atau pendapatan RM4,000 ke bawah yang dimaksudkan bagi permohonan PSU ini?

Tafsiran gaji atau pendapatan adalah mengikut tafsiran gaji di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4]. Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji seperti gaji pokok/kerja lebih masa/komisen/bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya/elaun-
elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya/caj
perkhidmatan (service charge).

Adakah majikan yang telah beroperasi sebelum 1 Januari 2021 tetapi tidak berdaftar dengan PERKESO memohon PSU 3.0?

Tidak. Mana-mana majikan yang ingin mengemukakan permohonan PSU mestilah berdaftar dengan PERKESO serta SSM, PBT atau lain-lain badan professional sebelum 1 Januari 2021 dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja.

Adakah majikan perlu membayar caruman PERKESO dan SIP setelah menerima bantuan PSU?

Ya. Majikan hendaklah membayar caruman sepertimana yang telah disyaratkan di bawah Akta 4 dan Akta 800.

Bagaimanakah majikan akan dapat mengetahui sama ada permohonan PSU 3.0 telah diterima, diluluskan, atau ditolak?

Majikan akan menerima No. Rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di laman sesawang dan boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan. Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO https://www.myfuturejobs.gov.my termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.
Adakah majikan dibenarkan untuk menggunakan sebahagian daripada jumlah bantuan PSU yang telah diterima untuk membayar caruman PERKESO dan SIP bagi pihak majikan?

Tidak. Majikan tidak boleh menggunakan sebahagian bayaran PSU dan PSU 3.0 bagi tujuan syer caruman PERKESO dan SIP majikan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PSU 3.0 PERMAI, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Catat Ulasan

0 Ulasan