ISU SEMASA
Program Jaringan Prihatin : Cara Membuat Penebusan Internet Percuma 1GB Setiap Hari

Dengan melalui peruntukan sebanyak RM500 Juta, kerajaan telah memberikan satu lagi inisiatif untuk memberikan Internet Secara Percuma sebanyak 1GB Untuk setiap hari. Kemudahan ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.
Pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021. Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.
INFOGRAFIK BANTUAN 1GB DATA PERCUMA SETIAP HARI
Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih terus bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti
- Celcom Axiata Berhad (Celcom)
- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
- Maxis Berhad (Maxis)
- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
Tawaran ini membolehkan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan produktiviti dan maklumat terkini.
CARA MENEBUS TAWARAN 1GB HARIAN INTERNET PRODUKTIVITI PERCUMA
Untuk menebus Tawaran 1GB Harian Internet, Klik pautan dibawah
CelcomTerkini, tebusan bulanan diperlukan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life
Sebelum ini, bagi pelanggan Celcom iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatic tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.
Untuk rujukan, klik link dibawah
https://www.celcom.com.my/personal/covid-19-support.
Digi
Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB percuma anda, tekan sahaja kod UMB di bawah:
Prabayar : Dail UMB * 338 * 1 * 1 #
Pascabayar : Dail UMB * 238 * 1 * 1 #
Untuk rujukan, klik link dibawah
https://community.digi.com.my/t5/Let-s-Inspire/DigiCares-Enjoy-Free-1GB-for-Education-Productive-and/ba-p/76436.
Maxis
https://www.maxis.com.my/en/campaigns/stay-home-stay-connected/.
U Mobile
Pascabayar & Prabayar : Daftar hanya sekali sahaja & Automatik Terima Setiap Hari
*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*6*7# untuk pengguna Pascabayar
Catat Ulasan
1 Ulasan
Saya tak dpt pon 1GB 1 hari
BalasPadam